• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

362 Nelayan Terima Elaun Berjumlah RM106,100

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Sebanyak 362 nelayan di sini, hari ini menerima elaun sara hidup bulanan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM106,100.

Elaun tersebut adalah antara usaha kerajaan untuk menangani kos sara hidup yang meningkat, terutama dihadapi golongan nelayan.

Pada tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM104,700 bagi pembayaran elaun berkenaan kepada 349 nelayan di sini.

Sejak elaun sara hidup itu mula diperkenalkan pada 2008, elaun yang diberikan adalah RM200 sebelum dinaikkan kepada RM300 (bagi Zon A) dan RM250 (Zon B, C, C2) pada 2015.

Penyampaian elaun berkenaan disempurnakan pemimpin veteran UMNO Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

“Kita berharap pemberian elaun ini dapat membantu meringankan beban ditanggung nelayan bagi membeli barang keperluan harian dan menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin bagi meringankan beban kewangan dihadapi rakyat, khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Bashir yang juga pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, berkata kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, mengeluarkan peruntukan berjumlah RM113,764.12 bagi insentif hasil tangkapan ikan melibatkan 220 bot menangkap ikan.

Sebanyak 32 nelayan menerima bantuan bencana dan skim kebajikan nelayan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan berjumlah RM102,600 pada tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata jumlah keseluruhan pendaratan ikan di pulau berkenaan pada tahun lepas adalah 6,791.26 tan metrik bernilai RM19,439, 868.67.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 678 tan metrik hasil tangkapan ikan berjumlah RM3,375,000 dibawa ke kompleks perikanan LKIM Kiansam. – BERNAMA

Tags: Elaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd