Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

‘The Speedy Jantan’ Sedia...

MELAKA - Setelah berjaya pulih sepenuhnya daripada kecederaan, raja pecut Asia Tenggara, Khairul...

Awek Carut Maksima, Tak...

Hari ini, kami pasti para penyokong bola sepak Pahang tersengih-sengih sepanjang hari.Mana taknya,...

Penyampai Berita, Ashwad Ismail...

TANGGAL 1 Mei melakar sejarah buat personaliti dan penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail apabila selamat...

Google Malaysia Jadi Majikan...

KUALA LUMPUR - 10 syarikat Malaysia yang menjadi pilihan utama pencari kerja disenaraikan...

30 Pemandu Teksi Cedera Ringan Untuk Dapat Kad Bantuan

PUTRAJAYA – Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) hari ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata 30 pemandu teksi mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang berlaku di Hall C, MAEPS.

“Insiden yang tidak diingin ini berlaku akibat segelintir para hadirin tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad,” kata kenyataan itu.

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Maeps sebelum itu, yang akan dimanfaatkan oleh kira-kira 67,000 pemandu teksi.

SPAD berkata anggota penguatkuasa SPAD, Polis Diraja Malaysia dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan keadaan dapat dikawal sepenuhnya pada 7 malam.

SPAD berkata pemandu-pemandu yang cedera menerima rawatan serta-merta, manakala seorang individu yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya dan SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.

Menurut SPAD, kira-kira 12,000 pemandu teksi hadir pada majlis itu dan sebahagian besar daripada mereka memberikan kerjasama ketika beratur mengambil kad itu dengan 60 kaunter untuk pengambilan kad disediakan.

Berikutan insiden itu, SPAD mengesyorkan pemandu teksi di seluruh negara yang belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk mengambilnhya di pejabat SPAD di seluruh negara kecuali ibu pejabat di Kuala Lumpur.


Pemandu teksi boleh mengunjungi pejabat SPAD di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Bahru mulai hari Isnin (16 April) sehingga 16 Julai tahun ini.

Bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa (17 April) sehingga 16 Julai tahun ini.

Para pemandu teksi di Sabah dan Sarawak boleh mendapati Kad Bantuan Teksi 1Malaysia daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, SPAD berkata tarikhnya akan dimaklumkan kemudian oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses koleksi sila layari www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia. – BERNAMA

Kategori