• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Bom Meletup Di Sungai Golok, 4 Penduduk Cedera

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Sekurang-kurangnya empat penduduk tempatan cedera apabila tiga butir bom meletup serentak di beberapa kawasan di Sungai Golok, selatan Thai yang terletak berhampiran Rantau Panjang di Kelantan.

Kapten Traipop Donprai-laorong dari Balai Polis Sungai Golok, berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang (waktu tempatan).

“Motif serangan bom kali ini dipercayai untuk mensabotaj Pesta Makanan Tahunan Sungai Golok yang berlangsung mulai Sabtu lepas sehingga Rabu ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata bom pertama meletup di hadapan sebuah kuil di Jalan Pracharat manakala bom kedua di belakang Hotel Plaza,https://www.mynewshub.cc/wp-admin/post-new.php dan bom ketiga pula di Lorong Raman yang terletak di bandar sempadan itu.

Kejadian letupan bom itu menyebabkan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing di bandar berkenaan.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di daerah Yaring, Pattani, seorang sukarelawan keselamatan tempatan cedera parah apabila sebutir bom meletup ketika beliau menghidupkan keretanya.

Kapten Khajornsak Kuamanee dari Balai Polis Yaring, berkata kejadian di Kampung Tanjung Dalor berlaku kira-kira 3 petang tadi (waktu tempatan) mencederakan Ismail Chetae, 36.

“Letupan kuat berlaku apabila mangsa cuba menghidupkan enjin keretanya. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan seluruh badan akibat terkena serpihan bom,” katanya.

Mangsa kini dirawat di unit kecemasan Hospital Pattani. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd