• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

218 Set Borang Pencalonan Dibeli Di SPR Perlis

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sebanyak 218 set borang pencalonan bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dibeli oleh parti politik serta orang perseorangan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis.

Seorang jurucakap SPR Perlis berkata daripada jumlah itu 39 set yang dibeli adalah bagi kawasan Parlimen termasuk dua set yang dibeli oleh individu manakala 179 set dibeli bagi kawasan DUN termasuk 11 set yang dibeli oleh individu.

BN dan PAS masing-masing meletakan calon di kesemua 15 DUN dan tiga Parlimen.

PKR dan PPBM masing-masing bertanding lima DUN manakala AMANAH empat DUN dan DAP satu DUN manakala bagi kerusi Parlimen, PPBM bertanding dua kerusi dan PKR satu kerusi.

Sehingga kini belum ada individu yang mengumumklan hasrat bertanding sebagai calon bebas di Perlis.

Penamaan calon bagi Parlimen Padang Besar akan di adakan di Dewan Tunku Syed Putra Maktab Rendah Sains Mara Beseri manakala bagi Parlimen Kangar di Dewan Kompleks Warisan sementara Parlimen Arau di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Pauh Putra.

Jurucakap itu berkata SPR Perlis telah bersedia menghadapi PRU14 dan mengambil seramai 2,964 petugas termasuk petugas sambilan bagi membantu melicinkan perjalanan pilihan raya tersebut. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd