• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20,000 Komuniti Kebun Bandar Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan komuniti kebun bandar di seluruh negara daripada11,000 kepada 20,000 pada tahun 2020.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata lokasi sasaran penubuhan komuniti kebun bandar adalah di bandar-bandar besar dan rumah pangsa.

“Komuniti kebun bandar mempunyai impak sosial yang besar kepada masyarakat terutamanya aspek bekerjasama, nilai muafakat dan semangat muhibah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Tani: Program Pertanian Bandar 2.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana, dekat sini hari ini.

Jelas Ahmad Shabery, pertanian bandar kini dilihat dari pelbagai perspektif termasuklah penjimatan atau menangani kos sara hidup di mana bahan masakan seperti cili, serai dan pandan tidak perlu dibeli sekaligus menjimatkan masa.

Pertanian bandar juga memberikan kesedaran dan pendidikan bahawa ruang yang kecil di kawasan perumahan tidak harus dibiarkan begitu saja, katanya.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Menurut Shabery, kajian yang dijalankan Jabatan Pertanian tahun lepas berkaitan keberkesanan projek pertanian bandar mendapati peserta projek pertanian bandar dapat menjimatkan perbelanjaan dapur bagi keperluan sayur-sayuran dan ulam-ulaman sehingga RM27 seminggu.

Pada majlis hari ini seramai 2,000 peserta terdiri daripada penduduk setempat dan pelajar sekolah menyertai aktiviti dan program pertanian bandar secara komuniti bagi meningkatkan interaksi sosial dan memberikan pendedahan awal kepada generasi muda tentang petani berinovasi dan berteknologi.

Projek pertanian bandar peringkat komuniti tersebut menggunakan teknologi dan inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) seperti ‘green kit’, pasu pengairan sendiri, rak pengairan sendiri dan petak tanaman yang mudah serta praktikal serta bertaraf kebun berinovasi.

Program pertanian bandar merupakan inisiatif kerajaan sejak 2014 sebagai langkah untuk menjamin bekalan dan keselamatan makanan selain menanam sikap suka berkebun dalam kalangan penduduk bandar bagi membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempersoalkan dakwaan Perdana Menteri bahawa FELDA mahu menjual hotel...

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

28/07/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd