• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Didakwa Rompak Kereta Pegawai Wanita

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak kenderaan pelbagai guna milik seorang pegawai wanita di Kementerian Kewangan, tahun lalu.

Mohd Fauzi Rahmad, 33, juruteknik, dan Mohamad Hafizi Samsudin, 30, bekas kerani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi rakan lelaki mereka didakwa melakukan rompak berkumpulan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire milik Asmahani Mohd Napiah, 36, di tempat letak kereta Basement 1, Hotel Everly, Presint 11, Putrajaya, pada 11.15 pagi, 1 Dis 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan wang jaminan kerana khuatir kedua-dua tertuduh akan melakukan perbuatan sama jika dibebaskan dengan jaminan.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes dan bagi mereka melantik peguam. – BERNAMA

Tags: rakanRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd