• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Nelayan Malaysia Ditahan Dibebaskan

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua lagi nelayan Malaysia yang ditahan di Indonesia sejak dua tahun lepas kerana menceroboh perairan negara itu telah dibebaskan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Leong Bian Seng, 61, dari Dungun, Terengganu telah dibebaskan semalam dan dijangka tiba di tanah air malam ini.

“Seorang lagi nelayan Chia Kee Chan, 52, dari Sekinchan, Selangor dibebaskan hari ini dan dijangka tiba esok,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Elaun Khas Pesawah Dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kok Lanas di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata pembebasan nelayan itu hasil kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia pada November tahun lalu di Kuching, Sarawak.

“Saya percaya pembebasan ini adalah berita gembira buat keluarga nelayan terlibat yang tentunya sedang menunggu kepulangan mereka. Bagi pihak kementerian, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha pembebasan ini,” katanya.

Beliau berkata enam nelayan tempatan ditahan di Indonesia dua tahun lepas atas kesalahan menceroboh perairan negara berkenaan.

Pada 15 Feb lepas (2018), salah seorang nelayan Low Siang Huat, 59, dari Pulau Ketam, Selangor telah dibebaskan diikuti Leong Bian Seng semalam dan Chia Kee Chan hari ini menjadikan baki tiga lagi nelayan yang masih ditahan.

Tiga lagi nelayan yang masih ditahan ialah Kamaruzaman Awi, 47, dari Dungun, Abdul Rashid Nik, 53, dari Kuantan, Pahang. Kedua-duanya ditahan di Penjara Lapas Permasyarakatan Tanjung Pinang Batu 18, Kepulauan Riau manakala Mahabob Hasimat, 55, dari Pontian, Johor ditahan di Rumah Tahanan Negara Tanjung Pinang.

Beliau berkata kementeriannya dan Kedutaan Malaysia di Indonesia akan terus menyusul proses pembebasan nelayan-nelayan berkenaan, bagi membolehkan mereka segera pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery menyampaikan elaun khas pesawah kepada 1,600 petani di kawasan KADA selain penyerahan RM30,000 masing-masing kepada 20 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Turut hadir Pengerusi KADA Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempersoalkan dakwaan Perdana Menteri bahawa FELDA mahu menjual hotel...

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

28/07/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd