• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beranak Maut, Kereta Jatuh Ke Dalam Gaung

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dan anaknya maut manakala seorang lagi anaknya cedera parah apabila kenderaan dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 200 meter di Km27 Jalan Gerik-Kupang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata dalam kejadian 7.30 malam itu, Md Zahar Md Ali, 38 dan anaknya Muhammad Faris, 7, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Firdaus, 9, cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku ketika tiga sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke kampung di Baling, Kedah bagi menziarahi ibu bapa Md Zahar yang tidak sihat, katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata kemalangan itu disedari oleh seorang lelaki yang menemui anak mangsa di tepi jalan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

“Anak mangsa memberitahu bapa dan adiknya terjatuh ke dalam gaung. Mayat kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik dari gaung berkenaan masing-masing pada 10.25 dan 11.40 malam,” katanya.

Menurutnya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh manakala kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat pada 10 pagi tadi.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd