• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15,000 Petugas Tambahan Bantu SPR Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 15,000 petugas tambahan yang terdiri daripada kalangan orang awam akan bertugas membantu kelancaran perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini pada 9 Mei nanti.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata kesemua petugas akan ditugaskan di 14 pusat pengundian di seluruh Pahang dan akan dibantu oleh 37 petugas tetap daripada SPR.

“Dalam masa yang sama kita juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku pada hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Media Pahang di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Pahang, Mohmed Lokman Mahmud.

Zamree berkata ini adalah kali pertama SPR negeri dan juga Jabatan Penerangan negeri bekerjasama bagi membuka pusat media di negeri ini.

“Pusat media ini akan menjadi pusat bagi menyalurkan maklumat yang tepat dan pantas mengenai segala program dan aktiviti yang berlangsung pada PRU14.

“Pelbagai kelengkapan telah disediakan bagi memudahkan para petugas media menjalankan tugas seperti komputer, mesin pencetak, mesin fotostat, mesin faks, talian telefon, talian internet dan pelbagai kemudahan lain lagi,” katanya.

Pusat media PRU14 ini akan memulakan operasi esok bermula 9 pagi hingga 9 malam.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Media Pahang di talian 09-5161995, talian faks 09-5164041, atau melalui e-mel pusatmediaphg@yahoo.com. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd