Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Rakyat Singapura Penggemar Biskut...

KUALA LUMPUR - Lima produk tempatan iaitu Julie’s Biscuits, Ah Huat White Coffee,...

Salah Bidas EFA Secara...

MOHAMMED Salah mengkritik Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) secara terbuka di media sosial...

Pampasan Perkeso Lebih RM600...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membelanjakan lebih RM600 juta untuk bayar...

Rafizi Suruh Streram Rempuh...

SEREMBAN - Rafizi Ramli mengakui beliau mengarahkan Dr Streram Sinnasamy merempuh halangan polis...

1,500 Anggota SPR Kemaman Siap Siaga Hadapi PRU14

KEMAMAN – Seramai 1,500 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilantik sudah bersiap siaga bagi menghadapi sepanjang proses penamaan calon di Parlimen Kemaman Sabtu ini hingga hari mengundi pada 9 Mei nanti.

Pegawai Daerah Kemaman yang juga Pegawai Pengurus pilihan raya Parlimen Kemaman Zahari Mat Azahar berkata pihak SPR telah membuat simulasi persediaan mengikut keadaan sebenar hari kejadian.

“Sebelum ini semua petugas diberi pendedahan untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengikut program dan siri-siri latihan yang telah dijalankan sejak setahun lepas hingga Selasa (24 April), namun pada hari ini mereka akan praktikkan apa yang telah dipelajari,” katanya.

Beliau ditemui ketika latihan simulasi penamaan calon bahagian Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini hari ini.

Zahari berkata pada hari penamaan nanti, kesemua anggota terlibat akan membuat persediaan seawal 6 pagi di pusat penamaan calon yang akan berlangsung di MPK.

“Dijangkakan penyokong daripada parti-parti politik akan membanjiri perkarangan MPK dan bagi mengelak berlaku kesesakan, pihak polis akan menjaga lalu lintas sepanjang proses penamaan calon berlangsung dan membuat sekatan jalan raya bagi laluan menghala ke MPK seawal 4 pagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori