• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

140,000 Bekas Polis Turun Padang Bantu Kempen BN

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Sejumlah 140,000 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) bertekad turun padang untuk berkempen bagi membantu Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Hussin Awang Ngah berkata pengalaman berada dalam cengkaman komunis menjadi pengajaran buat mereka dan yakin BN mampu meneruskan kecemerlangan dalam pemerintahan.

“Kami mempunyai anggota yang cukup di setiap negeri untuk membantu kerajaan terus kekal memerintah negara yang kami cintai ini”, katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Cermin Mata Percuma kepada lebih 1,600 penerima di daerah Besut bertempat di Masjid Hadhari Jertih di sini petang ini.

Menurut Hussin, selama ini kerajaan yang memerintah telah membuktikan yang keamanan negara berjaya dipelihara hingga membolehkan setiap rakyat dalam negara dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Sementara itu, mengenai pemberian cermin mata percuma, Hussin berkata sehingga bulan lalu PBPM telah berjaya mengagihkan lebih 20,000 cermin mata di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka.

Katanya, PBPM mempunyai sasaran mengedarkan 80,000 cermin mata kepada mereka yang memerlukan termasuk pesara polis, penjawat awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

Beberapa buah negeri lagi seperti Perlis, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak akan disinggahi selepas ini untuk mengagihkan bantuan cermin mata itu. – BERNAMA

Tags: Hussin Awang Ngah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahniah Pelantikan Ketua Polis Negara Baharu – PBPM

05/09/2017
0

BESUT - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun atas pelantikan beliau sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd