• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

139 Projek R&D Lulus Dengan Pembiayaan RM89.74j

oleh Ahmad Albab
02/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan 139 projek berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tempoh 2016 hingga tahun ini dengan pembiayaan berjumlah RM89.74 juta, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata kementerian itu meluluskan pembiayaan sebanyak RM43.9 juta pada tahun lalu bagi membiayai 99 projek penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D & C) di bawah pelbagai skim Dana R&D Mosti.

“Usaha akan terus dilaksanakan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi terutamanya dalam industri yang mempunyai potensi dan nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negara.

“Hasrat ini selaras dengan Teras 3 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) iaitu menggiatkan dan mencergaskan industri melalui penglibatan sektor swasta dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.

Katanya antara sasaran kerajaan dalam DSTIN ialah meningkatkan Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) untuk mencapai sekurang-kurangnya 2.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: KerajaanMosti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd