• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13.4 Juta Pelabur Antara Penyumbang Kejayaan PNB

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Sokongan 13.4 juta pelabur dalam pelbagai Skim Amanah Nasional Bhd. (ASNB) merupakan antara penyumbang kejayaan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sepanjang tempoh 40 tahun penubuhannya.

Ketika berkongsi pencapaian PNB, Pengerusi Kumpulannya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata kejayaan itu turut disumbangkan oleh impak pengurusan ekonomi dan dasar-dasar pembangunan pragmatik kerajaan yang membolehkan pertumbuhan kemakmuran serta kestabilan ekonomi secara mampan.

“Kejayaan PNB sepanjang 40 tahun ini bukahlah sesuatu yang terjadi secara tiba-tiba.

“Ia turut disumbangkan antaranya oleh kepimpinan dan tenaga kerja yang amanah, berkebolehan dan berdedikasi serta sokongan kerajaan dan badan kawal selia dalam pelbagai inisitatif yang telah dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pembukaan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Stadium Batu Pahat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Abdul Wahid berkata selepas 40 tahun penubuhannya, PNB kini merupakan syarikat pengurusan pelaburan terbesar di Malaysia dengan dana berjumlah RM280 bilion.

“Sebanyak 84 peratus daripada dana tersebut adalah daripada 13.4 juta pemegang unit yang memiliki 229 bilion unit dalam 12 dana unit amanah setakat 31 Mac, 2018,” katanya.

Sebahagian besar dana itu yang berjumlah RM200 bilion telah dilaburkan dalam syarikat-syarikat tersenarai di pelbagai sektor seperti kewangan, perladangan, hartanah, automotif, perkakas industri, minyak dan gas, pembuatan farmaseutikal, telekomunikasi, tenaga dan utiliti.

Menurut Abdul Wahid, ini termasuk 10 syarikat-syarikat strategik PNB iaitu Maybank, Sime Darby Plantation, Sime Darby Bhd., Sime Darby Property, SP Setia, UMW Holdings, UMW Oil & Gas, MNRB Holdings, CCM dan CCM Duopharma.

PNB juga melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi syarikat-syarikat strategiknya pada 2017 yang terbukti berjaya meningkatkan nilai pasaran syarikat terbabit mencecah RM39.5 bilion, kata beliau.

“Ini membantu meningkatkan pendapatan bersih Kumpulan PNB sebanyak 16.8 peratus kepada RM17.7 bilion pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, susulan peningkatan pendapatan itu, PNB telah mengagihkan dividen sebanyak RM14.6 bilion pada tahun lepas.

Malah, terkini pada Mac lepas, PNB telah menyalurkan agihan pendapatan berjumlah RM1.88 bilion kepada lima dana iaitu Amanah Saham Bumiputera 2, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Gemilang (ASG) Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan.

Menurut Abdul Wahid, sejajar dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, PNB akan terus melaksanakan mandatnya dalam sektor korporat, pemilikan ekuiti dan harta selain sentiasa berusaha untuk memberi pulangan yang kompetitif kepada para pelaburnya. – BERNAMA

Tags: Abdul Wahid OmarPNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

478 Pasukan Sertai Piala Bola Sepak Robotik 2018

Next Post

Guru ‘Terlampau’ Ajak Murid Tonton Video Porno

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

Next Post

Guru 'Terlampau' Ajak Murid Tonton Video Porno

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd