• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pantai N.Sembilan Disenarai Pantai Terbaik

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sepuluh pantai di Negeri Sembilan disenaraikan sebagai pantai terbaik di antara 152 pantai di negara ini.

Pantai tersebut ialah pantai Bandar Port Dickson, pantai Saujana (Batu 4), pantai Cahaya Negeri (Batu 5), pantai Cahaya Negeri (Batu 6), pantai Cunningham (Batu 7), pantai Teluk Kemang, pantai Tanjung Biru (Batu 10), pantai Port Dickson (Janakuasa TNB), pantai Teluk Pelanduk dan pantai Cermin.

Menurut laporan portal rasmi kerajaan negeri, Indeks Kualiti Air Marin (IKAM) memberi indikasi bahawa pantai di Negeri Sembilan adalah bersih dan selamat untuk kegunaan orang awam manakala dua kuala di negeri ini iaitu Kuala Sungai Lukut dan Kuala Sungai Linggi turut tersenarai sebagai kuala terbaik di antara 76 kuala di Malaysia.

Pulau Arang di Port Dickson pula tersenarai antara pulau terbaik daripada 90 pulau di Malaysia.

Berdasarkan IKAM 2016, status kualiti air marin di ketiga-tiga kawasan ini menunjukkan terbaik di mana Kuala Sungai Lukut dan Kuala Sungai Linggi masing-masing mencapai angka 98 dan Pulau Arang (97).

Menurut laporan itu lagi, stesen pengawasan air marin automatik yang dikenali ‘JLM Navigation Beacon’ ditempatkan berhampiran Pulau Arang bagi memantau secara berterusan untuk memastikan kualiti air marin adalah baik bagi kesejahteraan orang awam manakala amaran awal akan dihantar sekiranya berlaku pencemaran di laut. – BERNAMA

Tags: pantai
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Mayat Terdampar, Dihurung Lalat Tepi Pantai

Mayat Terdampar, Dihurung Lalat Tepi Pantai

15/09/2023
0

SABAK BERNAM – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan dihurung lalat ditemui terdampar di kawasan pasir tepi Pantai Siput Bumi...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

26/09/2022
0

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd