• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zlatan Ibrahimovic Pacu Los Angeles Galaxy

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Aksi sulung Zlatan Ibrahimovic bersama Los Angeles Galaxy mungkin dapat disaksikan paling awal pada Sabtu ini, menurut pengurus Galaxy, Sigi Schmid.

Bintang Sweden itu dijangka tiba di Selatan California malam ini dan berlatih bersama rakan sepasukan pagi esok sebelum menentang ‘musuh’ baru mereka, Los Angeles Football Club di StubHub Center.

“Dia seorang yang suka cabaran dan saingan. Jika anda tanya adakah dia cukup cergas untuk aksi 90 minit pada Sabtu ini. Jawapannya tidak tetapi dia mampu menyumbang sesuatu,” kata Schmid.

Kedatangan Ibrahimovic ke Selatan California mendapat publisiti meluas minggu lalu dengan iklan muka penuh di LA Times tertera ‘Wahai Los Angeles, anda dialu-alukan’.

Pemain veteran berusia 36 tahun itu yang berketinggian 1.95m itu mempunyai reputasi hebat dengan 31 koleksi kejuaraan bersama Ajax, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain dan Manchester United.

Dia disambar Galaxy selepas mendapat pelepasan daripada United tetapi tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut kanan pada Disember lalu.

Kali terakhir dia beraksi bersama United ketika seri 2-2 menentang Burnley pada 26 Disember lalu.

Schmid berkata, dia dan kelab akan memikirkan kaedah terbaik menggunakan sepenuhnya pengalaman luas Ibrahimovic.

“Sudah tentu dia akan memainkan peranan dalam perlawanan LAFC. Kami akan memantau kecergasannya.”

Bagaimanapun Schmid tidak terlalu risau. “Dia pemain yang hebat. Setiap kali anda menurunkan pemain hebat, dia akan membantu anda,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Los Angeles GalaxyZlatan Ibrahimovic
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Neymar Tidak Akan Pernah Menang Ballon D’Or Selagi…

Next Post

Rozita Hadir Bagi Semakan Semula Kes Cedera Amah

Related Posts

Ibrahimovic Beri Bayangan Sertai Piala Dunia

16/04/2018
0

ZLATAN IBRAHIMOVIC memberi bayangan bahawa dia bersedia bermain untuk Sweden pada Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dengan mengatakan...

“Fifa Tak Boleh Halang Saya” – Ibrahimovic

09/04/2018
0

PENYERANG baharu LA Galaxy memberitahu bahawa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tidak tidak boleh menghalangnya daripada beraksi di pentas dunia....

Next Post

Rozita Hadir Bagi Semakan Semula Kes Cedera Amah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd