• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Mahu BN Rampas Semula Kerusi BTR

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah sembilan tahun dikuasai pembangkang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu jentera Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Beliau secara tegas mahu jentera setiap parti komponen di kawasan parlimen berkenaan bekerjasama bagi membolehkan kemenangan berpihak kepada BN.

“Sembilan tahun kita di dalam dakapan kesengsaraan, sembilan tahun kita dalam kepanasan, sembilan tahun kita dalam kehujanan, sembilan tahun kita di dalam penderitaan.

“Inilah masanya kita rampas semula kerusi Bandar Tun Razak dan hadiahkannya kepada Barisan Nasional,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Bandar Tun Razak di Laman Tun Razak di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar; pemimpin komponen BN dan jentera parti.

Menyingkap sejarah penubuhan Bandar Tun Razak, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kejayaannya dipacu oleh program urbanisasi yang diwujudkan Kerajaan BN bagi membantu penduduk kampung mencari rezeki di kawasan pinggir bandar.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat kawasan itu untuk berterima kasih serta tidak sesekali lupa kemajuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

“Cuba kita ingat, bila kita pandu kereta di hadapan, ada cermin untuk kita lihat, untuk ke kanan, belok atau terus… Cermin itu adalah sejarah penubuhan Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar, ia adalah jasa UMNO dan BN.

“Cukuplah sembilan tahun, kenangan itu (berada di bawah pembangkang) harus dipadamkan sejarahnya kerana kita mahu membalas budi apa yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional serta Kerajaan Malaysia kepada penduduk Bandar Tun Razak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mahu jentera MCA dan Gerakan di kawasan itu meraih sokongan pengundi Cina untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd