• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Gesa Rakyat Kerjasama Dengan Kerajaan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membendung elemen-elemen negatif yang boleh menghancurkan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak akan membolehkan Malaysia merealisasikan aspirasi Wawasan 2020.

“Hasrat saya dan kementerian saya adalah tidak lain untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas dari segala ancaman supaya kita semua boleh hidup dalam aman dan harmoni,” kata beliau pada kempen “Bersatu Memerangi Jenayah, Keganasan dan Dadah” anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Turut berangkat ialah Sultanah Pahang Sultanah Kalsom Abdullah. Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Dr Lee Lam Thye dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Projek Khas MCPF Datuk Seri Johnny Ch’ng Ewe Gee juga hadir.

Ahmad Zahid yang juga Presiden MCPF berkata program malam ini memberi manfaat kerana ia adalah sebagai platform yang baik untuk menyampaikan hasrat kerajaan kepada rakyat.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur program ini kerana berusaha membantu kerajaan dalam membentuk komuniti yang sihat dan selamat.

“Program ini sangat bermakna dan harus dipuji kerana peserta terdedah kepada hasrat utama kementerian melalui pameran keselamatan yang diadakan.

“Golongan muda adalah pewaris negara, oleh itu fikiran mereka perlu dipenuhi dengan maklumat yang tepat berhubung isu keselamatan dalam negara,” kata beliau.

Sementara itu, sempena program malam ini, Sultanah Kalsom berkenan melancarkan keanggotaan Kelab Diraja Antarabangsa SAS yang eksklusif. — BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd