• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Dapat Baby Girl, Datuk K Dah Sedia 18 Tahun Lalu

oleh
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN suami isteri mana yang tidak teruja selepas mendapat tahu bahawa mereka bakal bergelar ibu dan bapa selepas 12 tahun menanti dikurniakan cahaya mata.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin kini semakin teruja menghitung hari menantikan kehadiran puteri sulung mereka yang dikhabarkan bakal lahir dalam masa terdekat ini.

Sebagai seorang bapa, semestinya Datuk Seri Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K itu memberitahu bahawa beliau telah membuat persediaan menimang cahaya mata perempuan sejak 18 tahun yang lalu.

“Sudah tentu ada juga debaran dan gementar. Tetapi melihat air muka Siti (Nurhaliza), saya harus tenang dan memberi kekuatan kepada dia kerana yang akan melalui proses kelahiran ini ialah dia.

“Namun begitu, saya sentiasa percaya kepada keajaiban doa semua pihak terutama keluarga, rakan-rakan dan peminat Siti yang Insya-Allah akan memudahkan kelahiran ini,” katanya dipetik sebuah akhbar tempatan.

SITI DAN DATUK K BERSAMA DENGAN CUCU MEREKA, ARIF JIWA ASYRAF.

Kali terakhir beliau menimang cahaya mata perempuan ialah sekitar 20 tahun yang lalu menerusi perkahwiann pertama bersama dengan bekas isteri, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Tambah Datuk K lagi, ketika membina kediaman keluarganya di Bukit Antarabangsa, dekat ibu negara, beliau telah menyediakan empat buah bilik untuk anak lelakinya serta sebuah lagi bilik buat anak perempuan.

Tujuan utama beliau mempersiapkan bilik itu ialah kerana sebagai seorang bapa, Datuk K mempunyai satu naluri yang mana mengatakan akan ada rezeki buatnya untuk menimang seorang lagi cahaya mata perempuan.

“Siapa sangka selepas 18 tahun bilik itu disediakan, saya menerima kehadiran anak perempuan kali ini. Inilah dinamakan keajaiban doa. Syukur kepada Allah kerana dengar doa saya dan isteri,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pasangan romantis ini memaklumkan bahawa mereka akan memberi nama anak sulung mereka itu bermula dengan huruf ‘A.

Selepas tujuh hari puteri mereka itu dilahirkan, barulah mereka akan mengumumkan nama si comel itu.

“Jangan gusar, Insya-Allah akan saya umumkan bila tiba harinya nanti iaitu tujuh hari selepas kelahiran. Saya dan suami sepakat memilih nama yang akan bermula dengan huruf A. Nama itu pilihan kami berdua,” tambah Siti pula.

Malah, lagu baharu nyanyian Siti berjudul Comel Pipi Merah itu diciptakan khas buat bayi pertamanya sebagai tanda istimewa kehadirannya yang telah melengkapi hidup kedua pasangan itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Comel Pipi MerahDatuk KNetizensiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

21/08/2023
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa dana RM10...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd