• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Siasat Jutaan Botol Air Kosong Dicemari Plastik

oleh
18/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR… Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan siasatan ke atas laporan Universiti New York State mengenai kes jutaan botol air minuman kosong dicemari oleh bahan plastik halus.

Laporan kajian saintis pusat pengajian tinggi ternama di Amerika Syarikat (AS) itu disiarkan badan bukan kerajaan Orb Media yang berpusat di Washington DC pada Rabu lalu sebelum tular ekoran dilaporkan portal stesen BBC.

Ujian mendapati 11 jenama terkenal dijual di seluruh dunia itu mengandungi ribuan partikel plastik microscopic atau amat kecil untuk dilihat mata kasar termasuk bahan polypropylene, nylon, polyethylene terephthalate (PET).

“Kita akan siasat kesahihan kajian itu adakah tahap kandungan memang berbahaya kepada tubuh manusia dan apakah partikel tersebut menjejaskan kesihatan,” kata jurucakap WHO di Geneva, Switzerland, Bruce Gordon.

Laporan itu turut mengejutkan pemain industri terbabit sementelahan perniagaan botol minuman sama ada jenis mineral atau air kosong diproses tumbuh pesat dengan meraih AS$147 bilion (kira-kira RM574 bilion) setahun.

Dianggarkan 480 bilion botol air itu dijual setiap tahun atau bersamaan sejuta botol seminit. Lebih memeranjatkan ialah ia didapati melibatkan jenama antarabangsa iaitu Aquafina, Dasani, Evian, Nestle Pure Life dan San Pellegrino.

Baca: Brunei Kempen Murid Minum Air Kosong, Bukan Milo

Turut dicemari PET menurut kajian berkenaan ialah jenama keluaran tempatan untuk pasaran domestik iaitu Aqua (Indonesia), Bisleri (India), Epura (Mexico), Gerolsteiner (Jerman), Minalba (Brazil) dan Wahaha (China).

“Kami menemui unsur plastik di dalam botol demi botol air kosong ini yang melibatkan jenama popular tersebut,” kata penyelidik terbabit dan pensyarah kimia dari University New York State, Prof. Sherri Mason yang kepada BBC.

Setakat ini, belum ada bukti bahawa mencerna plastik yang sangat kecil atau mikroplastik, dapat mengakibatkan penyakit tertentu pada tubuh. Namun, potensi akibat kesan susulannya masih lagi dikaji ramai sains antarabangsa.

“Partikel ini mungkin dikeluarkan dari dalam tubuh melalui proses kumbahan secara semula jadi. Tetapi sepanjang perjalanan di dalam tubuh, ia melepaskan zat kimia yang menyebabkan toksik ke atas badan,” jelas Mason lagi.

Industri komersial air kosong menunjukkan kurang 50 peratus daripada botol itu dikitar semula, manakala botol baharu biasanya mengandungi 1oo mikron partikel PET atau sama saiz rambut manusia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: who
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd