Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Najib Sinis PH Jarah...

SINDIR... Bekas Perdana Menteri menzahirkan rasa sangsi terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana...

Sindiket Penjualan Setem Hasil...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh anggota sindiket penjualan...

UTM Hantar Enam Saintis...

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) buat julung kali, akan menghantar enam...

Apakah Tentera Singapura Lebih...

Satu persoalan yang mesti pernah timbul dalam perbualan kita bersama rakan.Andai berlaku peperangan,...

Warga Asing Suspek Dalang Seludup Senjata Ke Kelantan

TANAH MERAH – Warga asing disyaki menjadi dalang utama penyeludupan senjata api ke negeri ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata sepanjang Januari sehingga awal bulan ini, polis berjaya menahan sembilan suspek yang terlibat dalam aktiviti itu dan merampas lapan pucuk senjata api.

“Kami mendapati tujuh daripada suspek tersebut merupakan warga negara jiran dan dua lagi merupakan warga tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-45 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja 1 di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata modus operandi yang dilakukan suspek ialah membawa masuk komponen senjata api itu secara berasingan yang kemudiannya dipasang semula di negeri ini.

“Mereka membawa masuk senjata api ini berkemungkinan mendapat pemintaan tinggi untuk melakukan pelbagai jenayah di negeri ini sama ada berkaitan dadah, samun dan sebagainya,” katanya.

​​​​​​​​​​​​Beliau berkata kewujudan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok adalah antara penyumbang kepada kegiatan penyeludupan walaupun pihak berkuasa sentiasa mengawal sempadan negara.

Pada tahun lepas, sebanyak tujuh pucuk senjata api dirampas oleh polis yang cuba diseludup ke negeri ini, katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat memantau dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Mengenai simulasi pilihan raya umum ke-14 yang diadakan oleh polis kontinjen Kelantan, beliau berkata pihaknya mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat negeri ini.

“Ketika simulasi minggu lepas, orang ramai dapat melihat kaedah yang dilakukan oleh pihak kami seandainya berlaku kekecohan semasa PRU nanti,” katanya.

Beliau berkata suasana yang diadakan semasa simulasi itu tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik kerana ia sekadar lakonan. – BERNAMA

Kategori