• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Sebar Foto Wajah Bayi Siti Tampil Mohon Maaf

oleh
21/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA…. Baru-baru ini tular wajah bayi yang dilahirkan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, mungkin ramai netizen terlalu teruja untuk berkongsi berita gembira itu.

Maklumlah selepas 11 tahun menanti rezeki bercahaya mata, akhirnya Siti, 39, melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama timangan, Fatimah Az-Zahra, awal pagi Isnin lalu di ibu negara, secara kaedah caesarean.

Bagaimanapun penularan foto anak perempuan artis tersebut ternyata amat dikesali suami Siti Nurhaliza, Datuk Sri Khalid Mohd. Jiwa, 59, yang meluahkan rasa terperanjat namun tidak menafikan ia memang wajah anaknya sendiri.

Kecoh dengan berita itu, seorang wanita, Wan Nur Akmal Wan Yusof yang juga jurusolek sambilan berasa terkejut kerana tidak menyangka perkongsiannya tersebut mengundang kemarahan daripada ramai pihak.

Memetik sumber tempatan, dia mendapat gambar dan video itu secara kebetulan daripada rakan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum memuat naiknya ke dalam laman sosial Facebook tanpa tahu ia bukan untuk disebarkan.

“Saya hanya berniat hendak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama.

“Malah, mereka mula mengecam saya. Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak jangka perkara itu tular. Akhirnya, saya ambil keputusan memadam dan menyahaktifkan akaun Facebook saya buat sementara waktu. Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti. Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya.”

Menyedari akan tindakan khilaf dan silapnya itu, Wan Nur Akmal dilaporkan bersedia mahu berjumpa pihak keluarga Siti Nurhaliza serta ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada mereka sendiri.

Bagaimanapun, perkara sudah pun terjadi. Melihatkan perkara seperti ini, mungkin kita perlu selidik dahulu sebelum anda berkongsi sesuatu melalui akaun media sosial. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: siti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd