• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Sarat Mengandung Antara Ditahan AADK

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Seorang wanita sarat mengandung antara 124 orang ditahan pada operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Maran, Bentong dan Temerloh semalam.

Pengarah AADK Pahang, Rujhan Ramli berkata wanita berumur 38 tahun yang positif dadah jenis syabu itu mendakwa kandungannya hampir memasuki usia sembilan bulan semasa ditahan bersama suaminya di sebuah rumah di Jengka 20, Maran.

“Kami juga menahan dua beranak iaitu ayah berumur 33 tahun dan anaknya, 17 tahun di Jengka 1. Selain itu, tiga beradik juga ditahan di Jengka 1 kerana disyaki positif dadah jenis morfin,” katanya pada sidang media di Pejabat AADK Daerah Maran di sini, hari ini.

Rujhan menambah operasi yang bermula pukul 12 tengah malam 27 Mac lepas dan berakhir 6.30 pagi tadi melibatkan 81 kakitangan dan pegawai AADK.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan berumur antara 17 hingga 57 tahun dihantar ke Pusat Tahanan Reman Gambang untuk tindakan seterusnya.

Pada operasi itu, AADK juga merampas dadah jenis syabu dan heroin, bagaimanapun nilai barangan itu masih dalam siasatan.

Rujhan berkata penyalahgunaan dadah semakin meruncing kerana melibatkan bilangan anggota keluarga yang ramai dalam satu keluarga.

“Kita memohon bantuan masyarakat dan pemimpin setempat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan penagihan atau penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti kepada AADK untuk membantu proses pemulihan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: AADKibu mengandung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd