• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Perlu Lebih Sensitif Rasuah, Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu golongan wanita supaya lebih peka dan sensitif terhadap perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di sekeliling mereka.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata sikap seperti ini amat penting kerana ia boleh membantu membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja dalam keluarga sendiri tetapi dalam masyarakat keseluruhannya.

Katanya golongan wanita mempunyai kekuatan tersendiri untuk memainkan peranan itu yang bukan sahaja mampu membawa perubahan kepada keluarga tetapi juga kepada negara dalam konteks memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Setiap wanita perlu berfikir secara inovatif dan membantu suami dan lain-lain individu dalam keluarga untuk mengelak dan menjauhkan diri daripada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa…janganlah disebabkan terlalu taksub dan tamak dengan kekayaan duniawi, kaum wanita juga turut terlibat dalam perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan martabat anda sebagai wanita.

Oleh yang demikian, saya menasihatkan semua kaum wanita, apabila mendapat hadiah yang mahal atau luar kemampuan daripada suami, ayah atau mana-mana ahli keluarga makan tanyalah sumber duit untuk membeli barang atau hadiah itu,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Gerakan Wanita Antirasuah (G-WAR) peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Mengenai penglibatan wanita dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Sazali walaupun jumlahnya pada masa ini jauh lebih kecil daripada lelaki namun ia tetap amat membimbangkan dari segi kadar peningkatannya.

Katanya antara tahun 2012 hingga 2018, sebanyak 700 kertas siasatan kes melibatkan wanita dibuka dan daripada jumlah itu, 183 wanita telah dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA

Tags: SPRMWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd