• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Bogel, Gosok Badan Pada Batu Bentuk Penis

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelancong wanita telah mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan selepas dia didapati menggesekkan tubuhnya yang bertelanjang bulat pada sebuah batu berbentuk zakar lelaki.

Wanita berambut perang itu dilihat menanggalkan seluar dalamnya bersebelahan batu yang dikenali sebagai Hin Ta atau Grandfather Rock, yang terletak di pulau Koh Samui, Thailand, pada 12 Mac yang lalu.

Dia kemudiannya dirakam sedang ‘menggoyangkan’ pinggulnya pada batu berketinggian 12 kaki itu, yang dipercayai oleh masyarakat Thai ‘didiami’ oleh roh seorang lelaki tua.

Rakyat tempatan di situ kini mahu pihak polis untuk menjejak wanita itu dan menuntut permohonan maaf daripadanya.

Kata salah seorang penjaja makanan di kawasan pantai itu, Sutida Wongyai, “Batu itu sangat istimewa dan menjadi kebanggaan pulau kami. Ianya amat kurang ajar untuk memperlakukan sebegitu terhadap batu tersebut.”

Batu Hin Ta itu dikatakan menyerupai bentuk alat kelamin lelaki dan merupakai salah satu tarikan pelancongan di Koh Samui.

Terletak bersebelahan dengan Hin Ta adalah sebuah batu berbentuk alat kelamin wanita yang diberi nama Hin Yai.

Menurut lagenda, sepasang suami isteri warga tua telah berlayar ke pulau tersebut untuk mencari calon isteri yang sesuai untuk anak lelaki mereka.

Malangnya, bot mereka terbalik semasa ribut dan telah mengakibatkan mas kahwin yang dibawa oleh mereka tenggelam ke dalam laut.

Akibat tidak mahu menanggung malu, mereka dikatakan telah terjun ke dalam laut sebelum dilahirkan semula sebagai dua buah batu ‘jantan’ dan ‘betina’.

Pelancong biasanya akan memanjat batu tersebut dan melanggar larangan berbuat sedemikian.

Sementara itu, polis Thai telah mengesahkan menerima laporan mengenai insiden tersebut dan kini sedang menyiasat perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lawakPelanconganThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd