• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Berperanan Ejen Antirasuah Menerusi G-WAR

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gerakan Wanita Antirasuah (G-WAR) dilancarkan hari ini dengan menjadikan golongan wanita sebagai ejen utama kepada budaya membenci rasuah yang bermula dari rumah.

Melalui G-WAR, golongan wanita memainkan peranan dalam budaya membenci, menolak dan memerangi rasuah dalam kalangan anggota keluarga mereka seperti suami, anak, adik beradik dan rakan sekerja.

G-WAR, yang merupakan kolaborasi sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018, dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad sini.

Rohani, dalam ucapannya berkata, wanita perlu mempunyai pendirian yang kukuh daripada menjadi umpan rasuah mana-mana pihak dan mengelakkan rasuah sebagai jalan pintas untuk mendapatkan kedudukan dalam kerjaya.

“Bagi wanita yang berstatus pembuat keputusan, mereka perlu mengelakkan diri daripada menerima rasuah dalam membuat apa-apa keputusan sama ada dalam aspek perolehan, pemberian dana atau apa juga aspek perkhidmatan. Pada masa yang sama wanita juga perlu mengelak daripada memberi rasuah,” katanya.

Sementara itu, Dzulkifli dalam ucapannya, berkata, SPRM melihat golongan wanita perlu memainkan peranan utama dalam memerangi rasuah kerana mereka merupakan ibu, isteri atau kakak dalam sesebuah keluarga selain mampu mendidik dan mempengaruhi masyarakat.

“Saya menasihatkan semua kaum wanita apabila mendapat hadiah yang mahal atau luar kemampuan daripada suami, ayah atau mana-mana ahli keluarga maka tanyalah sumber duit untuk beli barang atau hadiah itu,” katanya.

Menurutnya, statistik SPRM dari 2012 hingga Januari 2018 menunjukkan sebanyak 700 kertas siasatan telah dibuka ke atas wanita yang disyaki terbabit dalam jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Seramai 453 wanita ditahan bagi membantu siasatan dan daripada angka tersebut seramai 183 telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan, katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dzulkifli menjelaskan golongan wanita yang terbabit dengan rasuah masih rendah dibanding dengan lelaki.

“Ini menunjukkan wanita lebih tegas dalam mematuhi peraturan dan undang-udang. Justeru, wanita boleh membuat perubahan besar kepada negara dalam aspek memerangi rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: G-WAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd