Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Cina Perlu Belajar...

Tidak mahu dikenali sebagai pendatang, tetapi mahu identiti bahasa pendatang - itu yang...

NASA Dedah Gambar Bongkah...

ANTARTIKA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping...

UGL Services Gives Community...

Among the most crucial aspects in nearly any educational writing is the difficulty...

GHEF2023 Wacana Pasca Pandemik...

FORUM Pendidikan Tinggi Global 2023 (GHEF2023) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dirasmikan oleh...

Video: Samseng… Pemandu Lori Diserang Dengan Parang

TULAR di media sosial dengan video memaparkan aksi seorang lelaki bersenjatakan parang cuba buat provokasi terhadap seorang pemandu lori hanya kerana perselisihan faham yang boleh dielak.

Dalam kejadian di jalan berhampiran Kampung Bukit Naga, Klang, Selangor, mangsa mendakwa dia telah diugut oleh lelaki terbabit gara-gara tidak berpuas hati selepas kenderaan beratnya melakukan pusingan U.

“Datang mamat acah-acah abang kawasan ini, marah-marah tengking driver siap bawa member sekali. Tetapi bila driver tengking balik, tak boleh terima terus dia keluar parang dan ugut nak tetak,” katanya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Rabu itu.

Difahamkan, pergaduhan itu meletus selepas mangsa secara kebetulan tersalah jalan dan ingin mencari tempat yang sesuai untuk membuat pusingan U.

Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba pula didatangi oleh penunggang motosikal terbabit yang terus bertindak memaki hamunnya.

Berdasarkan video tersebut, pemandu lori berkenaan turut mengesyaki lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah sehingga berani bertindak sedemikian.


Mangsa kemudian mengundurkan kenderaannya dan sempat berkata, “Oi takut ke?!” menyebabkan lelaki terbabit berang lalu menetak dan memecahkan tingkap lori tersebut.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, pemandu lori itu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu netizen di media sosial mengecam sikap lelaki terbabit yang terus memilih kekerasan untuk menyelesaikan masalah biarpun ia mungkin berpunca daripada sikap ego pemandu lori berkenaan.

“Aku tak kita la siapa salah, lori ke mat motor ke, apabila guna parang dah jatuh jenayah broooo,” tulis Azhwin Dayyanish. – MYNEWSHUB.CC

Kategori