• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Mak Bapak Punya Jalan Ke Dik?”

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

“TOLONGLAH pantau aktiviti anak-anak anda ni, kalau dah mampus kena langgar mulalah nak salahkan pemandu kereta.”

Demikian luahan netizen mengenai video tular sekumpulan remaja lelaki bermain basikal lajak di jalan raya tanpa mempedulikan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi perkongsian video daripada Kee Lim di laman Facebook yang dimuat naik sejak 16 Mac lalu, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kebun, Kampung Jawa Klang, Selangor membabitkan enam remaja lelaki berbasikal.

Dapat dilihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik bermain di tengah jalan itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.

Tidak setakat itu, beberapa buah kenderaan termasuk lori juga terpaksa memperlahankan dan memberi ruang kepada enam remaja terbabit untuk lalu di tengah-tengah jalan yang sibuk itu.

Sementara itu dalam video kedua, empat daripadanya membuat aksi superman di lorong kiri sebelum ke lorong kanan menyebabkan sebuah kereta terpaksa memperlahan kenderaanya kerana bimbang terlanggar kumpulan berkenaan.

Di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan remaja terbabit yang dilihat langsung tidak menitik beratkan keselamatan diri.

Malah netizen turut menunding jari terhadap ibu bapa mereka yang tidak mengawasi anak-anak mereka.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik sejak tiga hari lalu itu menerima perkongsian lebih daripada 8,300 dan ditonton sekurang-kurangnya lebih sejuta kali di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: basikal lajakvideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘SIP’: Aras Baru Perlindungan Pekerjaan Negara

Next Post

Jarak 7.82 M ‘Terbangkan’ Luqman Ke Sukan Asia 2018

Related Posts

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

11/04/2023
0

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam Ke Ting daripada sabitan dan hukuman dalam...

Pengurusan Kes Rayuan Kerani Sebabkan Kematian Remaja Basikal Lajak Pada 29 Ogos

Pengurusan Kes Rayuan Kerani Sebabkan Kematian Remaja Basikal Lajak Pada 29 Ogos

28/06/2022
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Ogos bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan seorang kerani wanita terhadap sabitan dan hukuman...

Next Post

Jarak 7.82 M 'Terbangkan' Luqman Ke Sukan Asia 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd