• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Hidang Secara Kasar, Pelanggan Mabuk Naik Angin

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelanggan dan beberapa individu di sebuah premis makanan di Taman Sentosa, Johor Bahru, mula tersebar di laman sosial.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.42 pagi Ahad itu, pergaduhan dipercayai berlaku ekoran pelanggan terbabit tidak berpuas hati dengan layanan pelayan restoran yang didakwa tidak memuaskan dan pada sama pelanggan berkenaan didakwa mabuk.

Menerusi video berdurasi 6 minit 36 saat, pergaduhan dilihat bermula dari dalam premis apabila kedua-dua pihak mula membaling barang seperti kerusi dan periuk ke arah masing-masing sebelum mencabar sesama diri untuk bertumbuk.

Salah seorang pelanggan yang memakai baju putih kemudian mengambil helmet dan cuba membalingnya ke dalam premis tersebut sebelum dihalang beberapa rakannya.

Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang dari pekerja premis berkenaan cedera dan mengalami pendarahan di kepala ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Bagaimanapun keadaan kembali tegang apabila pelayan dan pelanggan berkenaan enggan beralah lalu mengheret pergaduhan itu di belakang kedai dan sekali lagi kerusi dibaling dan kedua-dua pihak bertumbuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku kerana pelayan restoran itu menyajikan makanan di atas meja kepada pelanggannya secara kasar.

“Timbul salah faham ketika itu apabila pelayan restoran dikatakan meletakkan makanan secara kasar. Kejadian juga berlaku ketika pelanggan restoran dalam keadaan mabuk,” katanya dipetik portal BH Online.

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu dan suspek direman selama tiga hari sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai makankes gaduh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azeez Beri Guan Eng 4 Hari Minta Maaf Fitnah RM3 Juta

Next Post

Acer Cipta ‘Tasbih’ Khas Untuk Kira Mantra Buddha

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

04/06/2024
1

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan dekat sini....

Next Post

Acer Cipta 'Tasbih' Khas Untuk Kira Mantra Buddha

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd