• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Nasihat Ziana Zain Agar Tidak Layan Perasaan

oleh
14/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI membabitkan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain pada minggu lalu ternyata menarik perhatian ramai termasuk pengasas produk kosmetik kecantikan Vida Beauty iaitu Datuk Seri Vida.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman percaya dan yakin bahawa Ziana adalah wanita yang kuat serta cekal dalam melalui ujian hidup.

Selain itu, beliau juga yakin pelantun lagu Puncak Kasih itu memiliki kekuatan emosi dan masih mampu komited dalam melaksanakan tugas meskipun sedang dilanda dugaan.

“Saya kagum dengan Ziana kerana ketika berdepan dengan ujian berat dia masih mampu meneruskan kerjaya.

“Dia tenang menghadapi dugaan dan pandai membezakan antara soal peribadi dan kerjaya. Ziana seorang wanita yang kuat dan tabah,” katanya dipetik  mStar Online.

Pengasas Kosmetik, Datuk Seri Vida

Sehubungan itu, Vida menasihati artis tersebut agar tidak terlalu melayan perasaan sehingga mengganggu emosi diri kerana perkara itu mampu memudaratkan diri.

Dalam pada itu beliau turut menasihati agar Ziana sentiasa menyayangi diri dan beringat akan anak-anak yang sedang membesar.

“Saya juga pernah melalui ujian rumah tangga, tapi saya cekalkan hati dan selalu ingatkan diri yang saya ada anak-anak dan pekerja yang masih memerlukan.

“Memang dugaan hidup ini menyakitkan tapi percayalah tuhan tidak akan bagi ujian tanpa sebab dan akhirnya nanti ada hikmah terbaik,” ujar Vida.

Di samping itu, usahawan kosmetik popular itu berharap penyanyi tersebut terus tabah dan tidak mengambil peduli kritikan orang ramai di media sosial.

“Pedulikan komen-komen orang kerana mereka tak tahu apa yang berlaku dan hanya menulis di laman sosial seperti tahu semuanya.

“Saya yakin Ziana mampu menangani perkara ini dan abaikan sebarang komen negatif netizen. Anggap sahaja apa yang mereka cakap hanya ‘hello dan bye-bye’,” tambahnya.

Penyanyi, Ziana Zain

Baca: Suami Ziana Zain Bebas, Adik Datang Ikat Jamin

Sebelum ini, Ziana meminta agar diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung kes suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka dengan menggunakan rotan di Denai Alam sekitar jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan minta dibicarakan.

Juga: Ziana Menangis, Sebak Ketika Menyanyi Di Pentas

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 6 April depan untuk serahan dokumen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: dato vidaDatuk Seri VidaZiana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd