• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Kesan Kru Kapal Korek Diteruskan

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Usaha mengesan 14 lagi anak kapal korek JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Tanjung Tohor di sini dua hari lepas diperhebat hari ini dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menambah lima lagi penyelamnya kepada 17 orang.

Pengarah Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Datuk Abu Bakar Idris berkata setakat ini pasukan penyelam telah memeriksa hampir 70 peratus bahagian belakang kapal itu melibatkan keseluruhan bahagian penginapan kru di tingkat atas dan sebahagian ruangan enjin di bahagian bawah.

“Pemeriksaan dilakukan secara bergilir-gilir oleh 12 penyelam TLDM dan penyelam swasta yang disediakan oleh syarikat kapal bermula tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

“Jarak penglihatan di kawasan itu sangat terhad dan setiap penyelam pula hanya dihadkan sejam setengah untuk berada di situ, namun kita diberitahu penyelam masih dapat mendengar bunyi ketukan dari bahagian dalam kapal, jadi kita berharap mangsa-mangsa masih hidup,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Abu Bakar berkata operasi hari ini akan menumpukan bilik makan, bilik jentera dan bahagian stor.

Pada masa sama, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar pasukan kesihatan dan paramediknya untuk ditugaskan di kapal induk bagi memudahkan kerja-kerja rawatan dilakukan, sekiranya mangsa ditemui hari ini.

Ditanya sama ada pasukan SAR akan mengambil pendekatan ketiga iaitu menebuk kapal untuk menyelamatkan kesemua mangsa, beliau berkata keputusan akan dibuat pada lewat tengah hari ini.

“Kita sudah buat perbincangan khusus tentang itu pagi tadi, dan ia merupakan kaedah terakhir yang akan diambil sekiranya operasi menyelam untuk mencari mangsa, masih gagal.

“Apapun, keputusan yang dibuat akan berpandukan pada nasihat jurutera kapal,” katanya.– BERNAMA

Tags: kapal karamTLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kamarul Zaman Masuk Perangkap Pembangkang?

Next Post

Kebakaran Pangsapuri Mewah Di Ho Chi Minh Ragut 13 Nyawa

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk...

Next Post

Kebakaran Pangsapuri Mewah Di Ho Chi Minh Ragut 13 Nyawa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd