Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

YDP Agong Perkenan Persempadanan...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan laporan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang...

Harga Pasaran Getah Malaysia...

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia meningkat hari ini berikutan jangkaan peningkatan penghantaran...

Udang Goreng Butter dan...

Bahan bahan:500 gm udang 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Minyak 3-5 sudu besar...

Polis, Peguam Negara Bincang...

KUALA LUMPUR - Polis dan pihak peguam negara membincangkan nasib 3 kes berkait...

Ucapan ‘Bersemut’ Isteri Buat Noh Salleh

EWAHHH… Romantis sungguh permaisuri hati kepada penyanyi, Noh Salleh iaitu Mizz Nina apabila wanita itu dilihat memuat naik ucapan bersempena hari lahir suaminya yang ke-33.

Mizz Nina menerusi status dalam akaun Instagram tersebut mengucapkan terima kasih kepada Noh kerana tidak pernah lelah untuk menyayangi dan bersamanya selain mengajar banyak perkara mengenai kehidupan.

Malah, anak kepada jutawan perbankan, Tan Sri Azman Hashim itu turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki lelaki yang sangat mencintai akan dirinya.

“To my dear husband @mohammadnohbinsalleh ❤ Alhamdulillah, all praise and gratitude is to Allah, for allowing you to be in my life as my best friend & husband,” tulis Mizz Nina menerusi entri berkenaan pada Khamis.

Tidak terhenti di situ, wanita berusia 38 tahun itu juga menyatakan kehadiran vokalis utama kumpulan Hujan itu sebagai doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT.

“You are my doa that came true 9 years ago, thank u sayang for choosing to be with me, for having the courage and confidence to marry me and for guiding me through my hijrah, for believing in me, for helping me wear hijab and pray, for growing with me, for taking care of my heart, for making me smile and laugh, for your strength, support, motivation & honesty, for your love, patience, hugs and kisses, for your kind heart, for thinking of others who are in need, for your fun loving nature & for your brilliant creativity,” katanya.

Menerusi entri tersebut juga, Mizz Nina dilihat juga sempat menitipkan doa untuk kesejahteraan suami tercinta.

“I pray that ALLAH will bless you with many more years of baraqah, good health, peace and steadfastness upon the Deen, Ameen.Love you for the sake of ALLAH sayang and Sanah Helwah!” ujar Mizz Nina lagi.


Kata-kata ‘bersemut itu mendapat perhatian dalam kalangan pengikut pasangan itu di Instagram yang menganggap ucapan itu sangat manis selain mendoakan mereka terus kekal bahagia.

 Noh dan Mizz Nina telah disatukan pada 1 Julai 2011 dalam majlis tertutup yang berlangsung di Ampang Jaya, Selangor dengan mas kawin sebanyak RM888.88. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori