• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunjuk Perasaan Pro Kurdish Jejas Jerman, Britain

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Beberapa orang dilaporkan cedera selepas penunjuk perasaan pro Kurdish bertempur dengan polis Jerman di lapangan terbang Duesseldorf selepas mereka mengadakan bantahan terhadap serangan oleh tentera Turki di utara Syria.

Manakala bantahan yang berlangsung di Britain, memaksa pihak berkuasa di negara itu menutup sementara dua stesen kereta api.

Menurut pihak berkuasa, beberapa mangsa dilaporkan cedera di Jerman selepas pihak polis menggunakan penyembur lada bagi meleraikan penunjuk perasaan, yang membantah operasi ‘Olive Branch’ oleh tentera Turki ke atas Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) di wilayah Afrin, Syria.

“Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 150 penunjuk perasaan itu adalah antara beberapa demonstrasi yang diadakan di Jerman pada hujung minggu ini, sebelum ia bertukar menjadi ganas, hingga menyebabkan beberapa individu cedera,” kata jurucakap polis persekutuan kepada AFP.

Sementara itu, di Britain, penunjuk perasaan berarak sambil mengibarkan bendera pro Kurdish hingga memaksa stesen kereta api Manchester Piccadilly dan King’s Cross di London ditutup.

Malah, tindakan polis Britain mengawal pintu masuk ke stesen terbabit bagi menghalang orang ramai yang berarak dari memasuki kawasan stesen itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terjejas teruk. – AFP/BH ONLINE

Tags: kurdishtunjuk perasaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tembak Dua Lelaki, Tunjuk Perasaan Meletus Di Srinagar

Tembak Dua Lelaki, Tunjuk Perasaan Meletus Di Srinagar

16/12/2022
0

SRINAGAR: Beratus-ratus penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama yang melalui wilayah sempadan India Jammu dan Kashmir hari ini, sebagai protes...

Iran Sekat Akses Internet Ketika Tunjuk Perasaan Telah Mengorbankan 11 Nyawa

Iran Sekat Akses Internet Ketika Tunjuk Perasaan Telah Mengorbankan 11 Nyawa

22/09/2022
0

PARIS: Iran menyekat akses internet mulai hari ini (Khamis) selepas bantahan oleh rakyatnya telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa, berikutan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd