Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Calon Vaksin Covid-19 Lain...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan calon vaksin lain yang berada di fasa...

Lelaki Mahu Masuk Penjara...

MACAM-MACAM gelagat manusia. Ada yang mahu bebas, ada pula yang mahu masuk penjara....

3 Kemalangan Serentak, ‘Misteri’...

SERING kali kita dengar tentang kemalangan dan kisah misteri yang berlaku di kawasan...

Majlis Penasihat Presiden UMNO...

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi pandangan supaya UMNO...

Trump Pecat Setiausaha VA, David Shulkin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memecat Setiausaha Hal Ehwal Veteran (VA), David Shulkin selepas dikritik hebat dan menamakan doktor peribadinya, Laksamana Muda, Ronny Jackson sebagai pengganti.

Pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali berkata, Shulkin menjadi gangguan berikutan gelombang spekulasi berterusan mengenai masa depannya.

Sumber itu berkata, seorang penolong setiausaha di Jabatan Pertahanan, Robert Wilkie akan memangku jawatan setiausaha.

Shulkin mencetus kontroversi berikutan laporan buruk daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Veteran semasa lawatan beliau ke London dan Denmark.

Beliau secara salah menerima tiket ke kejohanan tenis Wimbledon dan ketua kakitangannya membuat kenyataan palsu bagi membolehkan isteri Shulkin melakukan perjalanan menggunakan perbelanjaan kerajaan.


Seorang pegawai berkata kritikan terhadap Shulkin “menyukarkannya untuk melaksanakan tugas sebagai setiausaha VA, tanggungjawab yang diberi keutamaan oleh presiden.”

Jackson, seorang Laksamana Muda Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bertugas sebagai doktor presiden sejak pentadbiran George W. Bush, dan menjadi ketua doktor dalam memantau kesihatan Trump sejak beliau menjadi presiden. – Reuters/BH ONLINE

Kategori