• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tren Laju Makkah-Madinah Dirasmikan 15 Mac Ini

oleh
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR…. Setelah hampir setahun diuji, operasi kereta api berkelajuan tinggi Haramain yang menghubungkan Makkah-Madinah bakal dibuka kepada awam secara rasmi pada 15 Mac depan.

Berita gembira itu dikongsikan laman Facebook tempatan, People of Saudi Arabia pada semalam yang tular dalam kalangan netizen negara tersebut dikongsi lebih 200 kali dan menerima puluhan komen serta ratusan tanda suka.

Pentadbir akaun sosial berkenaan turut memuat naik sejumlah foto eksklusif suasana stesen dan pemandangan dalam gerabak dengan kapsyen: “Insya Allah, tren laju berjarak 450 kilometer ini akan dibuka pada 15 Mac 2018.”

Bagaimanapun pentadbir laman itu tidak mendedahkan siapakah tetamu istimewa atau orang kenamaan dijangka merasmikan pembukaan perkhidmatan kereta api tersebut yang mampu mengangkut 60 juta penumpang setahun.

Namun ada netizen meramalkan ia mungkin dirasmikan Raja Arab Saudi sendiri, Raja Salman Abdulaziz Al Saud secara kebetulan ialah penjaga dua tanah suci umat Islam yang menempatkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Lebih unik, tarikh perasmian tersebut juga jatuh pada hari bendera rasmi negara Islam terbesar di rantau Asia Barat itu dimasyhurkan pewartaannya pada 15 Mac 1973 ketika pemerintahan almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al Saud.

Sebanyak 35 buah tren laju tersebut akan beroperasi, sekali gus bakal memberi manfaat kepada jutaan jemaah umrah dan haji, menurut seorang pegawai Haramain dipetik sebuah akhbar tempatan, Arab News baru-baru ini.

Setiap kereta api ini memiliki 15 gerabak termasuk tiga gerabak kelas pertama. Tren buatan Sepanyol itu mampu hubung dua bandar raya tersebut dalam masa 90 minit dengan kelajuan maksimum mencecah 360 kilometer sejam.

Kerja pembinaan sebenarnya sudah lama selesai sejak 2016 melibatkan lima stesen termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dekat Jeddah dan Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh dekat Madinah.

Menteri Pengangkutan yang juga Pengerusi Saudi Railway Organization, Dr. Nabil Al-Amoudi ketika menguji tren itu pada 1 Januari lalu menganggarkan sistem moden tersebut mampu mengangkut 30 juta jemaah haji pada 2030.

Mula dibina sejak 2009 lalu, projek tren canggih berkuasa elektrik agensi kereta api kebangsaan tersebut dengan landasan berkembar itu; apabila beroperasi kelak mampu membawa sehingga 150,000 penumpang setiap hari.

Projek prasarana mega bernilai 30.8 bilion riyal (RM28.6 bilion) itu menyaksikan setiap tren sepanjang 215 meter dengan 417 kerusi dan mampu menahan panas ekstrem mencecah 50 darjah Celsius. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiHaramainRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd