• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Treler Infinity War Tak Cukup Bajet Cuit Hati Netizen

oleh Haris
19/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM terbaharu terbitan Marvel Studios, The Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menjadi salah satu filem yang dinanti ramai.

Treler filem itu juga baru sahaja menemui peminat setianya di YouTube pada Jumaat lalu dan mendapat sambutan hangat sehingga menduduki tangga pertama di carta Trending di laman perkongsian video berkenaan.

Orang ramai yang menonton gazet filem berkenaan pasti kagum dan tidak sabar untuk menyaksikan filem itu di pawagam tidak lama lagi.

Begitu kuat kesan ke‘awesome‘an treler Infinity War itu sehinggakan sekumpulan pelajar telah meniru semula aksi-aksi dalam klip tersebut bagi tugasan projek kelas Bahasa Inggeris mereka.

Apa yang menggelikan hati, mereka menggunakan alatan-alatan rumah sebagai pengganti senjata ‘canggih’ adiwira komik tersebut!

Who did it better? @MarvelStudios pic.twitter.com/k504zAadGB

— Aiman Sany (@awesomerawks) March 17, 2018

Video yang dikongsi di laman Twitter oleh Aiman Sany pada Sabtu lalu itu buat masa ini telah disaksikan lebih 1.5 juta kali selain turut mendapat lebih 45,000 ulang kicau dan menjadi tular bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Entri berkenaan turut mendapat perhatian adik beradik Russo iaitu Anthony dan Joe sendiri yang merupakan pengarah bagi sekuel terbaharu filem adiwira Marvel ini.

Melalui posting di Twitter milik mereka, adik beradik Russo memuji Aiman dan rakan-rakannya sebagai genius dan secara berseloroh meminta mereka mengarahkan filem Avengers ke-5 di masa hadapan.

Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avengers 5? https://t.co/8IIS3hacBu

— Russo Brothers (@Russo_Brothers) March 18, 2018

“Aiman, anda semua adalah genius. Adakah kamu semua mempunyai masa untuk mengarahkan Avengers 5?’ tulis mereka di Twitter.

Di dalam treler parodi berkenaan, Aiman dan rakan-rakannya menggunakan alatan harian yang boleh didapati di rumah seperti pinggan, batang penyapu, jag air dan juga penyepit baju.

Video yang dihasilkan dengan bajet rendah itu menjadikan keseluruhan parodi tersebut menjadi lucu dan sangat menarik ditonton.

Dalam satu babak, jambatan yang ditunjukkan dalam treler asli filem berkenaan dihasilkan semula menggunakan buku nota dan tin biskut, selain menggunakan bijirin Koko Krunch untuk mendapatkan efek askar menyerang adalah sangat kreatif.

Video treler asli filem itu turut dimuatkan di bucu kiri video parodi berkenaan bagi menunjukkan hasil-hasil yang dilakonkan semula kepada umum.

Susulan tularnya video berkenaan, pihak GSC Movies turut kagum dengan kreativiti yang ditunjukkan dan menawarkan tiket percuma kepada mereka bagi menyaksikan filem The Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan 27 April ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Aiman dan rakan-rakannya dan jangan berhenti hasilkan video berkualiti, manalah tahu Marvel Studio’s betul-betul panggil di masa hadapan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

,

Tags: marvelparodiThe Avengers
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekolah Mubaligh Terima RM50 Juta Setiap Tahun

Next Post

RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018 Dibentang

Related Posts

“Thanos Superhero Kegemaran Saya” – Mahathir

28/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk...

Pencipta Watak Adiwira Marvel Meninggal Dunia

13/11/2018
0

LOS ANGELES - Stan Lee, pencipta barisan adiwira untuk siri komik Marvel meninggal dunia pada usia 95 tahun, kata anak...

Next Post

RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018 Dibentang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd