• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Cabaran Debat Isu Terowong Dasar Laut 1 Helah

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Keengganan Ketua Menteri Lim Guan Eng berdebat mengenai isu terowong dasar laut dengan pelbagai alasan hanya helah semata-mata, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Malah, katanya, beliau diperlekehkan kerana tidak layak untuk berdebat dengannya atas kapasiti Timbalan Presiden MCA sedangkan perkara ini bukan mengenai dasar sesebuah parti dan sebagai wakil rakyat, menteri dan jurutera, beliau mahu Lim menjawab kemusykilan itu.

“Saya sudah ajak ketua menteri berdebat banyak kali, jika tidak berdebat pun sekurang-kurangnya perbincangan secara aman untuk bertukar fikiran dan tunjukkan kepada saya apa yang dilemparkan itu tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong di sini malam tadi.

Lim, sebelum ini menolak cabaran Wee untuk berdebat mengenai isu tersebut atas alasan tidak mahu merendahkan martabat jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandangnya sejak 2005 dengan menerima cabaran yang dikemukakan oleh Wee, iaitu pemimpin nombor dua dalam parti berkenaan.

Semalam, ketua menteri itu memberikan syarat Wee perlu bertanding di kerusi Parlimen Bagan menentangnya jika mahu berdebat dengannya berhubung isu terowong dasar laut.

Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau hanya mahukan jawapan daripada ketua menteri itu apabila sesuatu perkara telah dibongkarkan dan jawapan perlu diberikan dan tidak berbangkit soal taraf seseorang.

“Alasan itu tidak masuk akal, lagi pun sebelum ini Lim juga pernah berkali-kali pada 2011 mencabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga anggota Parlimen di Pulau Pinang dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu untuk berdebat, dan jika kita bandingkan jawatan saya dengan Tan Sri Nor, saya rasa tidak rendah jawatan saya,” katanya.

Wee turut mempersolkan tindakan ketua menteri itu yang mengaitkan soal hierarki untuk melayakkan seseorang boleh berdebat dengannya sambil meminta Lim menjelaskan laporan akhbar Oriental Daily berhubung lapan syarikat yang dipelawa untuk pusingan pertama iaitu tentang pra kelayakan sebelum memberikan kontrak ini kepada sesiapa .

“Kalau ikut senarai lapan syarikat ini, Zenith Construction atau Consortium Zenith BUCG tidak ada dalam pusingan pertama dan tiba-tiba pusingan kedua pula masuk, jadi ini adalah pertanyaan daripada rakyat, jangan kata protokol, tak boleh jawablah, itu semata-mana sebagai tipu helah. Ia helah supaya tidak menjawab soalan,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai telah mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Projek itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa melibatkan kos kajian kebolehlaksanaan yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wee Ka SiongIsu Terowong Dasar Laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan adalah amat penting untuk pemimpin akar umbi mahupun ahli-ahli...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd