• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Komited Bantu SAR Mangsa Kapal Korek Terbalik

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam kejadian kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik di perairan Parit Jawa, Rabu lalu.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata hingga kini, seramai 20 penyelam TLDM membantu pasukan SAR yang menjalankan operasi berterusan selama 24 jam bagi menyelamatkan 10 lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam kapal korek tersebut.

“Saya dimaklumkan operasi menyelamat sangat sukar dan bahaya kerana keadaan kapal yang terbalik, namun apa yang pasti kesemua agensi bekerjasama dalam membantu menyelamatkan mangsa,” katanya pada sidang media Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Persatuan Veteran ATM Daerah Manjung di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan PJM kepada 231 bekas anggota tentera lain-lain pangkat daripada pelbagai unit.

Dalam pada itu, beliau mengambil peluang menasihatkan golongan veteran agar tidak terpengaruh dan diperguna pihak tertentu yang mahu mewujudkan sentimen negatif kepada pihak kerajaan.

Ahmad Kamarulzaman berkata terdapat segelintir dalam kalangan veteran yang bersikap tidak bersyukur biarpun pelbagai bantuan dan faedah disediakan bagi membela nasib mereka yang telah berjasa kepada negara suatu ketika dahulu.

“Pada saya, terutama ketika pilihan raya umum (PRU) yang semakin dekat ini terlalu banyak berita palsu yang tersebar, terutamanya mereka yang tidak berpuas hati dan cuba mempengaruhi veteran lain. Saya harap mereka sedar dan tidak terpengaruh dengan hal demikian,” katanya. – BERNAMA

Tags: kapal karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd