• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya

oleh Haris
11/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMIMPIN PKR, Rafizi Ramli melalui pertubuhan diketuainya baru-baru ini menerbitkan dapatan kajian terbarunya yang dengan gah sekali mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menang lima negeri; Kedah, Perak, dan Johor, mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Hasil kajian yang baru diumumkan ini sama sahaja dengan kajian-kajian sebelum ini yang bertujuan untuk menyebarkan propaganda Rafizi dan kroninya semata-mata.

Kajian dibuat oleh Invoke dibuat hanya untuk mengatakan apa yang mereka perjuangkan benar dan diterima ramai.

Kalau kita perhatikan sejak dulu, kajian diumumkan pada masa-masa yang terpilih, seperti pengumuman dapatan kajian terbaru yang dibuat semasa kerajaan Selangor yang kuat dihentam akibat isu bekalan air terputus.

Selain untuk menenggelamkan isu kesengsaraan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur ketiadaan air, mood yang boleh dicetuskan oleh dapatan kajian itu juga boleh digunakan untuk membina semula semangat parti-parti PH yang semakin sugul kebelakangan ini ekoran bermacam masalah yang melanda.

Pada masa yang sama, PAS dan UMNO sedang menunjukkan semangat untuk menang besar dalam pilihan raya umum nanti.

Perhimpunan dan perlancaran jentera pilihan raya oleh kedua-dua parti Melayu ini menunjukkan momentum yang kuat menuju PRU14, dan inilah yang mahu dijawab dan dinafikan oleh Rafizi.

Bukan bermakna Rafizi mahu membela Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tetapi kerana untuk menyelamatkan negeri yang dikuasai PKR itu tergugat dan tipis peluang untuk dimenangi lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Sebelum ini pada bulan Mei 2017, Invoke mengeluarkan hasil kajian yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling besar daripada kalangan pemimpin pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.

Hasil kajian diumumkan Rafizi beberapa hari selepas Kongres PKR membuat kempen “Anwar PM ke-7” yang tidak dipersetujui oleh rakan mereka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PPBM tegas mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM kalau PH menang dalam PRU14 nanti.

Selepas Rafizi mengumumkan dapatan itu, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik PPBM, Datuk Rais Hussin mempertikaikan seluruh kajian Invoke yang metodologinya tidak jelas dan meragukan.

Kajian oleh Rafizi itu meletakkan Mahathir di kedudukan ketiga selepas Anwar (23.5 peratus), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (17.6 peratus). Mahathir hanya dipilih oleh 16.5 peratus responden.

Pada Disember tahun lepas, kajian Invoke mendapati dalam pertandingan tiga penjuru PRU14, PAS akan kalah teruk.

Kata Rafizi, PH boleh menang 115 kerusi dalam PRU14 nanti sekiranya sentimen menolak Barisan Nasional berterusan.

Kajian ini juga bertujuan untuk menakutkan PAS supaya segera menyertai PH dan bersama-sama melawan BN dalam pilihan raya nanti.

Selepas sedar tanpa PAS mereka akan menghadapi kesukaran, PH cuba mencetuskan ketakutan supaya PAS akan bersama gabungan mereka.

Kajian-kajian Invoke telah dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk tokoh-tokoh akademik, paling lantang Dr Kamarul Zaman Yusoff yang pernah mengatakan yang Invoke boleh dianggap satu perang psikologi mensasarkan BN dan PAS.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia itu berkata Invoke yang diketahui dimiliki oleh Rafizi diragui boleh bersikap objektif dan tidak perlu dipandang serius oleh rakyat.

Yang pasti, ini bukan kajian terakhir dan bukan yang paling menggemparkan akan disebar oleh Invoke.

Banyak lagi yang akan dihebahkan sebagai sebahagian perang propaganda menuju PRU14 nanti. – Mynewshub.cc/H

Tags: InvokePilihan Raya UmumRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd