Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Djokovic Tewas Mengejut Di...

PARIS - Novak Djokovic berdepan krisis terbesar dalam kariernya selepas kalah mengejut kepada...

Gambar Dikatakan iPhone 7...

SETIAP tahun, Apple membawakan kemaskini produk iPhone dan untuk tahun ini ramai yang menantikan...

Mayat Lelaki Reput Dan...

JOHOR BAHRU – Mayat dipercayai seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan reput dan...

75 Keluarga Dipindahkan Ke...

JOHOR BAHARU - Seramai 265 orang melibatkan 75 keluarga dipindahkan ke tiga pusat...

Tindakan Australia Dedah Akaun Bos JSJ Dipertikai

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mempertikai tindakan pihak berkuasa Australia yang menggunakan media untuk mendedahkan kes pembekuan akaun bank milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, baru-baru ini.

Nur Jazlan yang ditemui pemberita di sini hari ini berkata pihak berkuasa negara itu sepatutnya mengambil terus tindakan terhadap Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd jika terbukti beliau menjalankan aktiviti penggubahan wang haram seperti didakwa.

Bagaimanapun, kegagalan pihak berkenaan berbuat demikian mewujudkan persoalan sama ada terdapat ‘udang di sebalik batu’ dalam kes terbabit.

“Saya tak tahulah kenapa kerajaan (pihak berkuasa) Australia berbuat begitu. Kalau rasa perkara ini merupakan satu jenayah, melibatkan pengubahan awang haram, ambillah tindakan (dakwa).

“…tetapi tidak pula, dia hanya menggunakan media untuk memalukan Malaysia,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata tindakan yang diambil pihak berkenaan seolah-olah mahu mewujudkan persepsi bahawa satu kesalahan jenayah membabitkan penggubahan wang haram telah dilakukan, sedangkan pada hakikatnya tiada pendakwaan dibuat oleh mereka setakat ini.


Beliau berkata demikian ketika menggulas laporan akhbar asing semalam yang melaporkan polis Australia merampas sejumlah AUD$320,000 (RM971,728) dalam akaun bank milik Wan Ahmad Najmuddin kerana disyaki hasil penggubahan wang haram.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan menegaskan wang yang disalurkan dalam akaun Wan Ahmad Najmuddin adalah dari sumber yang sah dan digunakan untuk membiayai pendidikan anak-anaknya di Australia. – BERNAMA

Kategori