• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah Bekalan Petrol, Diesel Di Lawas

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlaku kekurangan petrol dan diesel di Lawas seperti yang tular di media sosial berikutan penutupan sebuah stesen minyak semalam.

Ketua KPDNKK cawangan Limbang Zakaria Awang berkata, stesen minyak di Lawas itu ditutup oleh pemiliknya kerana berlaku kesilapan semasa mengisi tangki minyak petrol RON95 di stesen berkenaan semasa proses pengisian tangki dijalankan pada Ahad lepas.

“Semasa proses pengisian (loading) dilakukan, tangki petrol RON95 telah diisi dengan diesel dan ini menyebabkan ianya bercampur sehingga memberi kesan kepada kereta pengguna yang mengisi minyak pada Ahad lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zakaria berkata, stesen minyak tersebut telah beroperasi seperti biasa hari ini setelah minyak diesel berjaya dikeluarkan dari tangki petrol RON95 semalam dan hasil siasatan mendapati tiada unsur khianat atau penyelewengan berlaku yang menjadi punca insiden berkenaan.

“Pengguna kenderaan yang rosak akibat kejadian tersebut boleh menghubungi pejabat KPDNKK Lawas untuk mendapatkan bantuan membaiki kenderaan mereka kerana pemilik stesen berkenaan telah menyatakan kesediaan untuk membantu,” katanya lagi. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: KPDNKKMinyak Petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

Berang Tak Dapat Beli Bunga Api, Lelaki Baling Minyak Petrol

31/01/2024
0

KLANG - Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling...

Shell Jamin Tiada Gangguan Bekalan Minyak

08/01/2020
0

SHAH ALAM - Shell Malaysia memberi jaminan tidak akan ada gangguan bekalan minyak dalam pasaran tempatan berikutan serangan roket di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd