• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Ganti Wang Kertas Dengan Wajah Raja Baru

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bank pusat Thailand bakal mengeluarkan not baharu dengan wajah Raja Maha Vajiralongkorn menggantikan mendiang ayahandanya yang mangkat, Raja Bhumibol Adulyadej.

Not baru itu merupakan salah satu langkah peralihan ke era pemerintahan Raja Maha Vajiralongkorn, 65, yang naik takhta pada Disember 2016 dan perlahan-lahan mengenakan kuasanya dalam hal-ehwal pentadbiran negara namun masih belum memutuskan tarikh yang sesuai bagi upacara pertabalannya.

Ayahanda baginda amat disanjungi rakyat Thailand dan kemangkatan baginda diratapi oleh kebanyakan warga Thai yang memakai pakaian hitam selama tempoh setahun sebelum jenazah baginda dikremasi Oktober tahun lalu sebagai cara berkabung.

Wajah Raja Bhumibol telah dicetak di atas wang kertas Thailand sepanjang tujuh dekad pemerintahannya.

“Di masa hadapan, kami akan hanya mencetak not matawang baru sahaja,” kata Gabenor Bank Negara Thailand, Veerathai Santiprabhob kepada pihak media.

Wang kertas sedia ada masih sah digunakan dan not yang baharu akan mempunyai saiz dan warna yang sama.

Keluaran pertama wang kertas baharu dengan wajah Raja Maha Vajiralongkorn segak berpakaian tentera udara akan mula diedarkan pada 6 April ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mata wangRaja ThailandThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd