• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Amir Shah Berkenan Rasmi ‘Rehlah Nabawiyyah’

oleh Ahmad Albab
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan ‘Rehlah Nabawiyyah’ iaitu pameran yang menceritakan kisah kehidupan Rasulullah SAW di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Seksyen 10 di sini.

Baginda mencemar duli melawat pameran anjuran Yayasan Restu itu yang memaparkan kisah sebelum kelahiran sehingga kewafatan baginda menerusi pelbagai bentuk termasuk lukisan tiga dimensi (3D), model, replika dan video.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dalam ucapannya berkata, pameran yang dibuka kepada orang ramai sejak 18 Nov tahun lepas itu berkonsepkan ilmu dan dakwah.

“Pengunjung yang hadir akan dapat merasai sendiri pengalaman hebat kisah Rasulullah SAW yang dipaparkan dalam teknologi terkini seperti 3D dan video.

“Pameran ini juga selari dengan aspirasi Yayasan Restu dalam menyebarkan ilmu al-Quran selain usaha dakwah yang berterusan supaya dapat dimanfaatkan oleh ummah,” katanya.

Setakat ini, pameran itu telah menerima kira-kira 10,000 pengunjung dan orang ramai yang berminat untuk menyaksikannya boleh mendapatkan tiket di kompleks berkenaan dengan harga RM15 bagi kanak-kanak dan RM25 untuk dewasa. – BERNAMA

Tags: tengku amir shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

15/01/2022
0

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas...

Tengku Amir Tidak Iktiraf EGM FAS

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mengiktiraf keputusan Kongres Luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd