• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Adnan Nafi Kadar Sewa PPR, PA Dinaikkan

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.

Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar tersebut.

Beliau mengingatkan supaya penghuni PPR dan PA khususnya supaya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan.

“Saya bukan kejam macam kerajaan DAP di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan (Barisan Nasional) laksanakan semuanya demi kebaikan dan keselesaan untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat PPR Beringin di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata DBKL akan membangunkan tempat letak kereta enam tingkat bernilai kira-kira RM15 juta di PPR Beringin bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir.

Katanya, tempat letak kereta yang akan dibina di tapak seluas 11.130 meter persegi yang merangkumi 277 petak parkir itu turut dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan kedai serbaneka.

“Manakala satu lagi projek tempat letak kereta lapan tingkat di PPR Intan Baiduri sudah siap sepenuhnya, kemudahan ini menyediakan sebanyak 387 petak parkir dan dua gelanggang futsal dan kedai serbaneka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd