• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tekong, Dua Awak-Awak Dikhuatiri Lemas Bot Karam

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang tekong dan dua awak-awak dikhuatiri lemas selepas bot pukat tunda mereka dipercayai karam di perairan Pulau Payar dekat Langkawi.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata pihaknya menerima laporan pada 8.20 pagi, 15 Mac daripada pemilik bot itu bahawa bot itu tidak pulang ke pangkalan Kuala Kedah pada 12 Mac seperti dijadualkan.

Katanya pasukan penyelamat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan bot KM Siangin telah membuat pencarian di sekitar Pulau Payar berdasarkan maklumat pemilik bot bahawa kebiasaannya bot pukat tunda itu melakukan aktiviti menangkap ikan di sekitar pulau itu.

“Hasil pencarian itu, kami menemukan tompokan minyak kira-kira dua batu nautika dari Pulau Payar dan usaha mengesan bot dan ketiga-tiga mereka sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tekong itu dikenal pasti sebagai Harif Fadelah Zainol, 58, daripada Perumahan Awam Baru, Kuala Kedah, seorang daripada awak-awak itu Abd Ghani Jusoh, 56, daripada Kampung Telok Malek, Jitra manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd