Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

“Mereka Merayu Saya Jadi...

KUALA LUMPUR - "Sewaktu dahulu saya menyatakan minat untuk menduduki jawatan Presiden (FAM)...

Kesaksamaan Penulisan Berita Sumbang...

KUALA LUMPUR – Penulisan berita di negara berbilang kaum tanpa menjejaskan perpaduan masyarakat...

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pantau...

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak bercadang menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau...

Sasaran 35% Tenaga Mahir...

JOHOR BAHRU - Sasaran untuk meningkatkan tenaga kerja mahir negara daripada 28 peratus pada 2015 kepada 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil dicapai.Ini kerana...

Tarikh PRU Terbongkar! Hari Pekerja 1 Mei Ditunda

PANAS… Ketika pemerhati politik kecoh spekulasi mengenai bilakah Pilihan Raya Umum (PRU), Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot sudah memberi bayangan awal masanya!

Sambutan besar-besaran Hari Pekerja yang sinonim dengan tanggal 1 Mei setiap tahun, namun kali ini terpaksa ditangguhkan kepada suatu tarikh lain iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh umat Islam pada Jun depan.

Beliau ketika memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita tempatan bagaimanapun masih lagi berteka-teki dan enggan pula mengulas dengan lebih lanjut berhubung sebab penundaan tarikh sambutan tahunan berkenaan.

“Saya ingin sebutkan iaitu tentang Hari Pekerja yang sepatutnya jatuh pada 1 Mei pada tiap-tiap tahun dengan slogan tema Hari Pekerja tahun ini ditetapkan iaitu Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara.

“Tetapi saya percaya, ia tidak boleh diadakan pada 1 Mei ini sebab saya percaya waktu itu… tidak payah sebut, anda cari sendiri, saya sudah pun minta KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia) untuk cari tarikh baharu.

“Ia dijangka boleh diadakan kemudian selepas habis Hari Raya Aidilfitri nanti,” kata Richard ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 peringkat kementeriannya, di Putrajaya pada Rabu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi bayangan mengenai tarikh PRU ke-14 apabila memberitahu akan ada dua ‘Hari Raya’ dalam tempoh sebelum Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos depan.


Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional secara berseloroh memaklumkan bahawa ia termasuk Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 15 Jun depan setelah umat Islam tamat berpuasa sebulan Ramadan mulai 17 Mei ini.

Namun tarikh permulaan 1 Ramadan dan 1 Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja tetapi Najib sudah membayangkan kemungkinan besar PRU bakal berlangsung menjelang waktu tersebut.

Tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan BN ditunjangi UMNO sekarang hanya akan berakhir 24 Jun depan sebelum Parlimen boleh dibubarkan secara automatik pada tarikh berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori