• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanpa Neymar, Brazil Azam Tebus Kekalahan 1-7

oleh Haris
27/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRAZIL akan berdepan Jerman awal pagi ini dalam perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia di Rusia, perlawanan kali pertama kedua-dua pasukan selepas kemenangan besar Jerman 7-1 di Piala Dunia empat tahun lalu di gelanggang sendiri.

Pengulas dan peminat bola sepak di Brazil bercakap tentang “membalas dendam” menjelang perlawanan ini, berharap kekalahan empat tahun lalu ditebus.

Perlawanan memalukan bagi pasukan elit bola sepak dunia itu masih menghantui Brazil, yang sekali lagi akan mengulangi perlawanan menentang Jerman tanpa pemain handalan Neymar Jr.

Neymar yang bermain untuk kelab Paris Saint-Germain sedang berehat selepas menjalani pembedahan di kaki.

Perlawanan dalam Piala Dunia 2014 itu mencatat sejarah tragis bagi Brazil, yang kali terakhir memenangi kejohanan bola sepak paling berprestij itu pada 2002.

Menurut jurulatih Jerman, Joachim Low, perlawanan 7-1 akan terus mempunyai kesan pada Brazil “untuk 10, 20 atau 30 tahun akan datang” setiap kali kedua-dua pasukan bertemu.

“Bola sepak boleh dikatakan sesuatu yang spiritual bagi rakyat Brazil, jadi saya boleh faham perlawanan 7-1 itu masih memberi kesan,” kata Sane dilapor AFP.

Brazil walau bagaimanapun ialah salah satu daripada hanya lapan pasukan yang pernah memenangi Piala Dunia, memenanginya sebanyak lima kali, lebih daripada mana-mana pasukan.

Jerman, juara Piala Dunia tahun 2014 mencatat rekod sebagai pasukan yang menang empat kali, tetapi sebelum 2014 sebagai pasukan Jerman Barat.

Dalam perlawanan kali ini, Brazil dikatakan hadir dengan pasukan yang lebih seimbang dan menurut permain Jerman sendiri, Leroy Sane, “kurang bergantung pada Neymar berbanding pada 2014.”

Perlawanan di Berlin ini dijangka menjadi salah satu perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia yang paling menarik perhatian peminat bola sepak. – Mynewshub.cc

Tags: BrazilJermanPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

24/08/2024
0

BERLIN - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd