• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Uber RM6,384, Lelaki Tetap Beri 5 Bintang

oleh Haris
06/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dapat dinafikan, perkhidmatan perkongsian Uber dan Grab kini menjadi pilihan ramai orang oleh kerana tambangnya yang berpatutan dan juga cara penggunaannya yang mudah.

Tetapi nampaknya tidak bagi seorang lelaki apabila dia terkejut selepas dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,365 (RM6,384) selepas dia tertidur di dalam kenderaan itu.

Kenny Bachman, melelapkan diri kerana sedang dalam keadaan mabuk selepas berparti bersama rakan-rakannya di sebuah kelab malam dekat Morgantown, West Virginia, Amerika Syarikat.

Bachman menempah Uber untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak berhampiran kampus Universiti West Virginia tetapi sebaliknya dihantar pulang rumah ibu bapanya di Gloucester Country, New Jersey yang terletak lebih 480 kilometer dari lokasinya.

Jelas Bachman, dia sememangnya tidak sedarkan diri sebaik memasuki kenderaan tersebut dan tersedar dari tidurnya kira-kira lima jam kemudian dan ketika itu menyedari bahawa pemandu Uber itu sebenarnya menghantarnya ke rumah ibu bapanya.

Bachman tiba dengan selamat di rumahnya itu namun tidak mampu berkata apa-apa mengenai tambang yang diterima.

“Selepas memasuki Uber itu, saya betul-betul tak sedar apa-apa. Bila perjalanan itu berakhir dan saya tengok jumlahnya sebanyak itu saya hanya kata ‘ini gila’,” ujar Bachman memetik laporan NJ Advance Media.

Bagaimanapun, Bachman merasakan tidak mungkin sekali dia sendiri meletakkan lokasi rumahnya itu walaupun ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Jelasnya, dia merasakan bahawa pemandu Uber tersebut telah menyalahgunakan telefon bimbitnya ketika dia sedang tidur selain mengakui melihat pemandu tersebut menjawab panggilan di telefonnya.

Ketika ditanya mengapa dia tidak cuba untuk menghentikan perjalanannya selepas menyedari dia tidak dibawa ke lokasi sepatutnya, Bachman berkata dia tidak mahu ditinggalkan di tepi jalan pada waktu malam.

Pihak Uber ketika dihubungi mengesahkan perjalanan tersebut benar-benar terjadi dan selepas berhubung dengan Bachman, pemuda tersebut bersetuju untuk membayar secara penuh tambang perjalanan tersebut.

Bukan itu sahaja, Bachman juga turut memberikan penarafan lima bintang kepada pemandu tersebut. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Amerika SyarikatPemandu UberUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd