• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Sokong, Cuma Simpati Ramai Yang Kecam” – Intan

oleh
07/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kes keretakan rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude bersama dengan isteri pertamanya, Intan Liana mendapat liputan meluas di media, banyak perkara yang terjadi.

Baca: Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan Dapat Tawaran Jadi Model

Juga: Suami Izreen Azminda Cerai Isteri Pertama

Antaranya ialah wujudnya beberapa page di media sosial bertujuan untuk mencemuh perbuatan Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bersama dengan isteri keduanya, Izreen Azminda.

“Itu di luar kawalan dan saya sebenarnya tidak menyokong tindakan mereka kerana takut pihak sana menuduh saya melakukannya,” kata Intan dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Kebanyakan akaun diwujudkan semata-mata untuk mengecam Ude dan Izreen selepas pemuzik bebas berkenaan mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya.

Kes itu akan diteruskan pada 22 Mac ini sebagai tarikh lafaz cerai selepas Ude menfailkan cerai ke atas Intan di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 30 November 2017 yang lalu.

Sebagai isteri, luka macam mana pun hatinya selepas mendapat tahu bakal diceraikan, Intan tetap mempunyai rasa simpati ke atas suaminya selepas kes rumah tangga mereka diketahui umum sekitar enam hari lalu.

“Saya akui tiada hak untuk halang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada.

“Namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri. Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude salahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit.

“Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, dalam kesedihan yang melanda diri ibu kepada dua cahaya mata itu, dia juga telah menerima banyak tawaran sebagai model untuk beberapa jenama.

Sebelum ini, Intan merupakan seorang penari di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama sembilan tahun dan dia turut mengakui bahawa dia telah menerima beberapa tawaran yang diberikan.

Namun semuanya bersyarat iaitu ianya perlulah sopan supaya tidak menimbulkan cemuhan kerana dia kini perlu menyara dua putera kesayangannya, Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.

“Saya hanya akan bersetuju dengan produk memerlukan saya tampil, sopan dan tidak menimbulkan cemuhan masyarakat.

“Setakat ini, ada beberapa tawaran diajukan tetapi saya memang tidak pandai untuk bincang berkenaan harga. Segala-galanya diserahkan kepada kakak saya, Roza,” tambanya.

Baru-baru ini juga, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik gambarnya bersama dengan Intan dan memberitahu bahawa dia akan bantu wanita itu sehingga dia lebih yakin untuk meneruskan kehidupaan di masa hadapan.

https://www.instagram.com/p/Bf-vVWhnJvO/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris

Itulah yang dikatakan, lepas hujan pasti akan ada pelangi. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan mudah-mudahan Intan akan terus kuat hadapi hari yang seterusnya tanpa suami di sisi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Intan Lianaizreen azmindakes cerai Ude dan IntanNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd