• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sebut Nama Izreen, Rita Bagi Nasihat Pada Intan

oleh
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG lain punya hal, orang lain pula yang kena tanggung akibat… Disebabkan status ‘janda’ yang dipegang, Rita Rudaini tak habis turut terpalit dengan isu rakan baiknya, Izreen Azminda.

Baca: Isu Cerai Suami Izreen, Rita Bengang Kena Tempias!

Juga: Suami Izreen Azminda Cerai Isteri Pertama

Baru-baru ini, satu pertemuan yang telah diatur oleh pelakon Nadia Mustafar atau kini dikenali sebagai Nazia, bersama dengan Rita dan Intan Liana Saleh telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen.

https://www.instagram.com/p/BgTjMbUj-wZ/?taken-by=ritrud727

“Adik saya berkahwin dengan kakak Intan iaitu Roza Saleh dan kami sangat rapat kerana saya kenal Intan ni sejak dia kecil lagi,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut Nazia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 43, tujuan utama dia meminta bantuan Rita ialah disebabkan dia tidak mampu untuk memberi nasihat.

Ini disebabkan dia tidak mempunyai pengalaman berkaitan isu penceraian antara Intan dan suaminya, Ude yang akan disahkan mahkamah pada pertengahan bulan ini.

“Jadi bila dia minta nasihat saya fikir Rita yang paling banyak pengalaman berkaitan naik turun mahkamah. Saya memang pernah bercerai tapi tidak melibatkan hal tuntutan di mahkamah,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Nazia turut memaklumkan bahawa pelakon Misi Laksa & Laksam  itu banyak memberi nasihat dan pandangan kepada Intan berkenaan mempertahankan hak seorang wanita ketika di dalam mahkamah.

Rita dan Nazia telah berkawan baik sejak tahun 2005 yang lalu iaitu ketika mereka sama-sama terlibat dalam pembikinan drama Rafflesia.

Disebabkan itu ketika dia memaklumkan kepada Rita tentang niatnya itu, secara langsung ibu kepada dua cahaya mata itu bersetuju untuk bertemu dengan Intan.

Bagaimanapun, sepanjang pertemuan mereka berempat, tiada sedikit pun ruang yang dibuka oleh mereka untuk menyentuh perihal Izreen dalam perbualan tersebut.

“Rita tidak cakap apa pun pasal pihak sebelah sana, dia hanya cerita hal mahkamah sahaja. Lagi pula kita sama-sama rakan artis tidak mahulah bermasam muka kerana industri kecil sahaja nanti akan berjumpa juga.

“Walaupun saya di sebelah Intan tapi saya juga simpati dengan nasib Izreen yang menerima kecaman sangat teruk.

“Pada saya semua sudah tertulis, apa yang terjadi pada Intan ini mungkin ada hikmahnya,” tambahnya lagi.

Malah, menerusi kenyataan Rita di portal Malaysian Digest, dia turut telah menasihati rakan baiknya, Izreen bahawa dia harus menerima apa jua kontroversi yang melanda dirinya.

Namun dia akui turut berasa agak kecewa kerana Izreen langsung tidak mengendahkan nasihatnya.

“Saya sudah nasihatkan Izreen, ambil hak orang, kena mengalah,” ujarnya.

Mengikut tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini, Intan dikatakan bakal bercerai dengan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 22 Mac ini.

Hasil perkahwinan selama lima tahun, Intan dan Ude telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Intan bercerai dengan UdeIntan Lianaizreen azmindaNetizenRita RudainiUde
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd