SEMALAM, kumpulan nasyid UNIC telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa penyanyi rap, Caprice seperti enggan memberi bekerjasama bagi mempromosikan lagu duet mereka berjudul Sedar.
BACA: Selalu ‘Hilang’, Caprice Tak Nak Promosi Lagu Ke?
Namun hari ini, Caprice telah membuka mulut serta meluahkan kekesalannya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan nasyid berkenaan.
“Seminggu yang lalu saya di Hot FM bersama-sama mereka, kemudian tiba-tiba mereka muncul dalam temubual di televisyen minggu berikutnya dan mendakwa saya membaca mesej yang dihantar tetapi tidak membalas.
“Anda buat andaian saya baca tetapi tidak balas mesej anda? Itu penipuan dan cara paling murah untuk mempromosikan lagu anda,” tulisnya di ruangan caption posting dekat akaun Instagram miliknya semalam.
https://www.instagram.com/p/BgESq0LDuIS/?taken-by=capriceofficial
Berang kerana dituduh secara melulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, telah memuatnaik beberapa keping gambar bukti tentang kenyataan yang diberikan oleh UNIC semalam bersama beberapa paparan screen jumlah Whatsappa yang diterimanya.
Fakhrul yang merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid berkenaan turut mendakwa bahawa penyanyi lagu Korang Tak Boleh Blah itu juga tidak membalas mesej mereka walaupun yakin kesemua mesej itu sudah dibaca.
Bagaimanapun, pemuda berusia 29 tahun itu juga menyelar tuduhan yang dilemparkan keatasnya serta mempersoalkan dakwaan kumpulan nasyid berkenaan kononnya dia sudah membaca mesej yang dimaksudkan.
“Tiada tanda biru. Saya kecewa kerana perkara ini boleh selesai dengan hanya satu panggilan tetapi anda pilih cara dramatik untuk buat kenyataan.
“Bagaimana anda mendapat tanda biru apabila saya tidak buka pun mesej berkenaan? Saya mempunyai 999 mesej yang masih belum dibuka.
“Maafkan saya. Saya minta maaf kepada 999 individu lain jika saya lambat atau tidak membalas mesej berhubung persembahan pentas atau pun temu bual,”tambah Caprice lagi.
Selain itu, dia turut mengakui bahawa kesibukan serta komitmen yang perlu diberi perhatian itu juga membuatkan dia terlepas pandang sehingga perlu menangguhkan single baharunya yang berjduul Abang Gurau Je.
“Jika anda tidak tahu, saya sibuk dengan pembangunan empat aplikasi iaitu mengaji.com, RajinApp, Umrakloka dan sistem untuk masjid. Saya sampai tiada masa untuk diri sendiri.
“Pada masa yang sama saya sedang dalam program jelajah untuk Jihad in Education di Kedah, Penang, Melaka dalam masa empat minggu.
“Saya cuba yang terbaik untuk puaskan hati semua pihak tetapi saya bukannya robot,” ujarnya.
Masalah sebegini tidak seharusnya berlaku kerana UNIC merupakan kumpulan nasyid yang dikenali ramai serta mempunyai jumlah peminat yang ramai. Jangan disebabka isu kecil seperti itu berlaku, reputasi pula akna terjejas. -MYNEWSHUB.CC/ AH